Followers

Tuesday, July 12, 2011

Selepas BERSIH 2: Umno, PDRM dan SPR masih tidak belajar . Tidak belajar itu adakah kerana benak, bodoh atau keras kepala?

Betullah kata orang, para pemimpin Umno, Polis dan SPR tidak mahu belajar. Orang yang tidak mahu belajar biasanya orang bodoh. Adalah sangat buruk kelihatannya jika orang bodoh ini sombong pula. Bodoh sombong!


Cakap tetap berdegar-degar taik lekat di gelegar. Walaupun sudah terbahana dengan himpunan BERSIH 2 yang sepatutnya banyak pelajaran dipungut dari situ, namun kebebalan tetap menguasai puak-puak Najib yang dikuasai RM ini. (Adoi...cincin RM 70 juta?!!! Cincin apa ke jadah????)


Dalam keadaan ramai yang sakit dan cedera, dalam keadaan ada yang mati, masih sempat mengejek orang tercedera, masih tiada perasaan dan jiwa untuk menerima berita kematian rakyat walaupun seorang, masih tergamak warning sana warning sini, malah yang cukup mengecewakan masih tergamak lagi menipu dan memanipulasi! Apalah nak jadi dengan geng-geng Najib ini? Siapalah agaknya penasihat mereka ini, teruk benar gayanya?


Mengejek kasar Anwar yang tercedera. Menuduh Mat Sabu dan Khalid Samad berlakon minta simpati. Begitu cepat mendakwa yang meninggal dunia kerana penyakit yang dihidapi. Berlagak konon mampu kumpul ahli Umno sejuta untuk lawan BERSIH? Menteri yang kalau bercakap bersembur air liur itu sibuk warning ambil tindakan kepada rakyat yang konon tuduh polis bertindak ganas. Menafikan sembur air kimia dalam perkarangan hospital.


Pengerusi SPR pula tiba-tiba mengigau, konon kalau ada apa-apa perubahan yang SPR lakukan selepas ini adalah bukan kerana tekanan BERSIH. SPR tak tertekan langsung dengan BERSIH. SPR memang nak buat perubahan! Nak muntah aku dengar! Tak kiralah, tak tertekan ke, tak ada kena mengena ke, selesaikan dulu isu seumpama yang 8 perkara BERSIH tuntut itu...kalau tidak lebih ramai lagi rakyat akan BERSIH 3.0 SPR sekali lagi!


Najib & the gang, PDRM dan SPR, please belajarlah daripada himpunan BERSIH 2 baru-baru ini. Jangan terus menjadi bebal dalam media-media kamu. Dunia memerhati dan menilai kamu... sama ada kamu cerdik atau bodoh wal bangang! Belajarlah menerima kelemahan diri sebelum kamu terlambat, sementera kini banyak lagi yang kamu boleh baiki untuk kebaikan kamu jugak. Jika tidak kamu bukan sahaja akan kalah juga malah kamu akan terus terkubur. Lebih baik kamu kalah daripada kamu dan Umno kamu terkubur! Wujudkanlah SPR yang adil dan telus, bukan terus bercakap berbelit-belit macam orang bengong dan bangang!


3 comments:

Anonymous said...

Macam mana nak sedar dalam benak ada taik! Sesungguhnya mereka2 itu hidup
senang dengan hasil haram yang menjadi darah daging mereka.

Tunggulah saat kejatuhan korang!!!!!

Anonymous said...

inilah namanya jahil murakkab... nak tahju maknanya tanyakan kpd 40 ularmak umno atau tanya pada mufta harus penama,,,

org utara kat bodo macam teloq

aidono

Anonymous said...

hello yuo 2 x bodoh, 2 x bebal dan 2 x istiqmah dan kenapa lah tersangat bebal, you sokongan sangat pembela murtad dan kaki lewat kenapa, dan you kena belajar dari darjah satu balik lah, sy selalu dengan ceramah pemimpin yau kata lita mesti menentang murtad, zina dan khalwat, dsai terang2 melinat dan berzina, mat sabu khalwat tetapi no bilik yg dislahkan, ambiga terang pembela ilna joy jgn jadi terlalu bebal, bodoh, betul kata nil aziz kita boleh berkawan dengan syatin sebab tu you pun perangi macam syatin selalu salah kan org lain, tak tahu you ni islam ajaran sesat mana ya?