Followers

Thursday, July 14, 2011

Islam tidak akan berkembang selagi Umno memerintah!

Para pemimpin Umno semakin jumud. Kata-kata yang selalu dicapkan kepada para pemimpin PAS dahulu kini terpalit kepada diri mereka sendiri. Selagi Umno memerintah Malaysia, Islam tidak akan menjadi agama yang menarik dan Islam akan semakin sukar didekati oleh bukan Islam.

Selama pemerintahan Umno, tulisan Jawi yang dulu pernah juga dibaca oleh ramai apek-epek Cina telah kecundang, Bahasa Melayu menjadi jahanam, kini Islam pula semakin ditegah oleh Umno untuk dipelajari oleh bukan Islam.

Kalau berpegang kepada perangai wakil Rakyat Umno di Dun Selangor itu, Umno patut juga buat demonstasi, marah bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair yang selalu membaca al-Quran! Kita tengok kalau Umno buat demonstrasi kutuk Tony Blair, sama ada orang akan kata Umno waras atau Umno gila atau gila babi!

Para pemimpin Umno jahil atau buat tidak faham soal menghina Islam ini? Orang bukan Islam menggunakan maksud hadis yang dipelari untuk berhujah dikatakan menghina Islam, bagaimana pula orang yang menganjur atau yang menjadi penaung apa yang dipanggil Festival Fesyen Islam di Monaco yang pakaiannya mendedah aurat dan terpampang tulisan "Muhammad" dalam jawi di dada seorang perempuan?

Memang pemimpin Umno dalam kebengongan!

KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis.

Perkara tersebut disiarkan dalam salah satu akhbar perdana kelmarin yang bertajuk ‘Adun DAP tak layak berhujah guna hadis’.

Berdasarkan laporan berita tersebut, Adun Umno itu dipetik berkata: “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis”.

“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

“Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’ yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’.

Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.

“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.

Sumber : harakahdaily

No comments: