Followers

Tuesday, July 05, 2011

GST tetap akan 'menggigit' dan sapu BERSIH pendapatan rakyat!

Walaupun katanya tidak dilaksanakan dalam masa terdekat, pasti kerana bimbang akan kemarahan rakyat, namun ia tetap akan dilaksanakan. Jika Umno/Bn terus menang PRU ke 13, GST PASTI akan 'menggigit' rakyat marhaen sebagaimana kenaikan harga minyak dan tarif elektrik yang menghenyak kehidupan rakyat kini!


Untuk tidak digigit oleh GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) maka rakyat pelbagai kaum perlu berazam untuk tidak mengundi parti yang penuh putar belit ia itu Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti. Untuk BERSIH-kan GST, tolak Umno/Bn! Jika tidak kerajaan Umno/Bn akan terus sapu BERSIH pendapatan rakyat yang ala-kadar ini dengan pelbagai cukai yang tidak sepatutnya!

GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat

Regina Lee

Pendapat umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih berada pada tahap rendah dan atas sebab itu pelaksanaannya akan ditanggunguhkan lebih lama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata pelaksanaan sistem itu juga memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan.

"Malah jika kerajaan membuat keputusan hari ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum sistem itu berjalan kerana semua pengusaha perlu menukar sistem mereka, dan undang-undang kawalan harga perlu dimansuhkan.

"Jadi, jangan jangka ia dilaksanakan secepat mungkin. Ia tidak akan berlaku esok,” katanya.

Berdasarkan tempoh lama yang diperlukan sebelum GST boleh dilaksanakan, besar kemungkinan ia tidak akan diperkenalkan sebelum pilihan raya ke-13 yang perlu diadakan paling lewat pada awal 2013.


Sumber: Malaysiakini


No comments: