Followers

Saturday, July 09, 2011

Di 'negara maju' Malaysia berjalan cepat sambil melaung "BERSIH", "REFORMASI" dan "ALLAHU AKBAR", ganas!

Jika Malaysia di bawah pemerintahan Umno/Bn berhasrat menjadi negara maju, lupakan sahaja. Apa yang berlaku hari ini 9 Julai 2011 tidak memperlihatkan Malaysia bakal menjadi negara maju walaupun pada tahun 2020 jika sekiranya puak-puak Umno dan kuncu-kuncunya yang gelojoh dan tidak cerdik atau mungkin nyanyuk terus dipilih memerintah negara.


Hari ini dengan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandar polis membuktikan Malaysia yang diperintah oleh Umno/Bn yang berketuakan laki Rosmah semakin secocok untuk bergelar sebagai sebuah lagi negara Mugabe di ASEAN!


Penganjur Himpunan Aman Bersih memberi jaminan tidak akan berlaku apa-apa gangguan dan kekacauan awam, Polis pula yang terus menghuru-harakan keadaan. Para demontran yang hanya berjalan beramai-ramai sambil bersembang pelbagai kaum dikatakan demonstrasi ganas! Berjalan cepat, bersembang santai sambil sekali sekala melaungkan “Bersih” “Allahu Akbar” dan “Reformasi” dikatakan ganas.


KPN kontrak itu berkata polis bertindak secara paling minima? Anwar yang tecedera, pengawal peribadi Anwar yang luka, Mat Sabu dirempuh polis dan jatuh motosikal telah cedera teruk. Khalid Samad luka kepala, seorang peserta himpunan yang bernama Baharudin Ahmad 58 tahun yang terkena tembakan gas dan semburan kimia tidak tahu bagaimana nasibnya setakat masa kini (apakah telah meninggal dunia?) dan ramai yang tercedera, apakah semua itu tindakan polis paling minima? Kerana arahan Umno/Bn, Polis-lah yang menjadi brutal kepada para demonstran yang berjalan aman.


KPN kontrak itu juga telah memaklumkan himpunan Bersih 2 hanya dihadiri oleh seramai lebih kurang 5000 orang sahaja. Tak tahulah sama ada orang tua ini nyanyuk atau memang tak tahu membilang atau mungkin dia baru belajar membilang dengan Utusan Meloya dan Berita Hairan. Kalau 5000 yang hadir, yang kena tangkap seramai 1401 orang makna yang tinggal berdemonstrasi tadi hanya 3599 orang. Hah...memang pandir mengira dia ini! Atau dia menyangka orang yang menonton TV semuanya bodoh membuat anggaran. Dalam TV pun sudah cukup menunjukkan bilangan demonstran yang begitu ramai, apatah lagi gambar-gambar terkini yang tersiar dalam internet!


Satu perkara lagi yang terlihat pada hari ini ialah para pemimpin utama Umno/Bn nampaknya kian mahu malah ’menjadi raja’ di negara ini. Mengikut Sasterawan Negara A Samad Said, Agung telah bersetuju untuk menerima memorandum tetapi arahan siapakah yang menyebabkan polis pandai-pandai menghalang BERSIH menyampaikan apa yang hendak disampaikan kepada Agung petang tadi? Mudah dijangka, Umnolah yang menggagalkan hasrat Agung dari menerima memorundum pada hari ini. Oleh yang demikian nampaknya Umnolah yang begitu berani mempermainkan Institusi Raja. (Agung).


Kesimpulannya pemerintahan Umno/Bn dan segala kuncu-kuncunya kian membawa Malaysia jauh ke belakang ke zaman Idi Amin di Uganda dahulu atau Najib kini bukan lagi Najib Razak tapi Najib Mugabe?


Maka itu tak usahlah kamu wahai para pemimpin Umno/Bn, bercakap soal membawa Malaysia ke arah negara maju, kerana kamu hanya membohongi rakyat.


No comments: