Followers

Thursday, June 02, 2011

Timbalan Presiden: Aku akan pilih ketiga-tiganya.

Dalam Muktamar PAS di Taman Melewar hujung minggu ini, nampaknya pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah yang paling menarik perhatian, bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli PAS malah seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Pertandingan tiga penjuru antara penyandang jawatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan pencabar tegar Tuan Haji Muhamad Sabu dan pencabar baru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.


Aku dapat menjangka pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS antara ketiga-tiga mereka ini telah sedikit sebanyak menyukarkan para pewakilan untuk membuat pilihan.


Bagi aku secara peribadi, aku tidak kisah siapa yang menang kerana kesemua mereka ada kelebihan masing-masing. Aku tidak bersetuju terlalu banyak politicking dalam pengundian memilih Timbalan Presiden PAS ini kerana aku yakin seorang Timbalan Presiden PAS tidak boleh membuat apa-apa secara peribadi kerana struktur parti yang menentukan segala keputusan penting mestilah mematuhi konsep syura dalam jemaah.


PAS bukan UMNO malah PAS tidak akan seperti UMNO walau pun ada pendapat yang mengatakan PAS seolah-olah mahu dijadikan seperti UMNO. Hakikatnya PAS tidak akan menjadi seperti UMNO selagi perjuangan PAS berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. Soal jika ada pemimpin PAS mahu menjadi UMNO dan memang boleh menjadi UMNO, itu bukan masalah kepada PAS kerana PAS bukan tempat kepada pemimpin yang seperti itu. Secara otomatik pemimpin seperti ini akan keluar kerana itulah realiti dan pengalaman. Sedangkan PAS terus mara berbanding masa lampaunya !


Sebab itu aku tidak gusar siapa yang akan memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS itu. Kalau Ustaz Nasa, ok. Kalau Haji Mat Sabu, suka. Kalau Dato Tuan, no problem.


Nasib baik aku bukan perwakilan yang mengundi, jika tidak aku akan pilih ketiga-tiganya! Mungkin ada yang mengatakan pemikiran politik aku terkebelakang dan tidak mengikut perkembangan semasa tapi hakikatnya walau siapa pun di situ PAS perlu terus mara dan menjadi lebih berkesan dalam dakwah dan tarbiyah Islamiah serta kebajikan rakyat jelata melalui penguasaan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.


Ayuh bekerja, PRU ke 13 hanya 2 bulan sahaja lagi!


No comments: