Followers

Tuesday, June 07, 2011

Nampak macam tak berapa cerdik rupanya memang sungguh, benaknya terlampau

Kata yang mudah pun sukar difahami. Macam manalah dia ni boleh dilantik menjadi menteri. Apakah sebab kewibawaannya atau sebab sepupu?

Katanya ”PAS Jangan Berdolak-dalih Kes Video Seks!”. mengikut Kamus Dewan makna berdolak-dalik ialah bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama).


PAS kata:

  1. Mengikut kaedah Islam, video seks tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes tuduhan zina.
  2. Orang yang menuduh orang lain berzina bukan mengemukakan video seks tetapi kemukakan empat orang saksi yang adil.
  3. Mengemukakan video seks dengan menuduh orang lain berzina adalah fitnah.
  4. Oleh kerana kes video seks itu fitnah maka Dewan Ulamak PAS malah PAS keseluruhannya menolak video seks itu.
  5. Orang yang dituduh adalah tidak bersalah sebelum didapati bersalah.

Apa berbelit-belitnya? Apa yang terserlah ialah seleuruh kepimpinan PAS begitu konsisten dalam hal seumpama kes video seks itu.


Rungut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, PAS sebagai satu parti yang bersandarkan ajaran Islam sepatutnya mencari kebenaran video tersebut.

"Ini kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku dalam video berkenaan menawarkan diri sebagai pemimpin negara... bukan orang biasa.


Inilah dia menteri UMNO, orang kata benak, marah! Tapi memang pun!


PAS memang mahu mencari kebenaran yang bersandarkan ajaran Islamlah, maka PAS mahukan kes itu dibicara dibawah undang-undang Islam iaitu hudud atau qazaf. Sebab bersandarkan undang-undang Islam-lah, maka PAS begitu konsisten dalam hal video seks itu. Sebab bersandarkan undang-undang Islam, maka PAS tidak mahu membangkit isu pelakon atau pelaku dalam video lucah yang ditayangkan oleh T3 itu sebagai orang itu atau orang ini dalam muktamarnya.


Maka yang jelas dan terang berdolak-daliknya, kamu para pemimpin Umno, bukan PAS dan para pemimpin PAS.


Susah juga dapat menteri yang nampak tak berapa cerdik tapi rupanya memang benaknya terlampau.


PAS Jangan Berdolak-dalih Kes Video Seks - Hishammuddin

Oleh AU YEONG HOW


KUALA LUMPUR: PAS sepatutnya tidak berdolak-dalih dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PAS sebagai satu parti yang bersandarkan ajaran Islam sepatutnya mencari kebenaran video tersebut.

"Ini kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku dalam video berkenaan menawarkan diri sebagai pemimpin negara... bukan orang biasa.

"PAS sepatutnya melihat kepada pengisiannya. Tengok apa yang berlaku kepada pemimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pemimpin di Turki.

"Apakah bezanya pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kes video tersebut dengan mereka. Jadi nak berdolak-dalih sama ada ia dirakam oleh si polan, si polan.. itu perkara kedua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di sini, Isnin.

Media pada Isnin melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah 'besi' sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan identiti pengendali laman Twitter, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan terus menghina kesucian Islam dalam tulisannya.


sumber:mstar

1 comment:

Anonymous said...

wei bodoh... kalau seorang wanita kena rogol then xder 4 org saksi, tapi ada CCTV macam mane.. wanita tu dikira menfitnahlah sebab bg cctv kt polis.. sebab presiden hamPAS kata video xbleh pakai, besi, xder telinga xder mata.. BOdoh kau terikut-ikut sekali dgn PAS ek..

apa bodoh sgt fikiran kau yg BENAK tu tertutup semata2 pasal 4 org saksi.. lepas ni ramai lah org2 Anwar rogol org, then ckp xder 4 org saksi.. bangang punya garamBODOH/..