Followers

Saturday, June 11, 2011

Najib dengan politik hingusannya!

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sangat memalukan apabila di sedari atau tidak, telah bermain politik secara budak hingusan. Jika takdirnya cara politik begini diketahui dunia, pasti 1 Dunia akan tergelak atau sekurang-kurangnya akan mengeleng kepala melihat berapa tidak matangnya Najib. Bila politik Najib semakin tidak matang maka Najib semakin tidak membawa keuntungan kepada parti yang dipimpinnya, kerana hari ini semakin ramai rakyat sudah tidak bodoh lagi.


Apabila Najib berkata bahawa PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan semasa, maka itulah politik budak hingusan atau politik budak-budak persembahan Najib Razak.


“Hah engkau tiru aku..tiru ye! Mana aci tiru tiru ni…malas aku kawan dengan engkau”, itulah yang biasa kita dengar apabila kanak-kanak hingusan bermain-main sesama mereka. Lepas itu kanak-kanak itu akan terus mengata dan merajuk. Inilah gaya politik Najib yang kononnya ada Najibnomic itu!


Kalau ya lah PAS dikatakan tiru BN (sebenarnya tidak tiru pun!) kerana semata-mata PAS menggunakan istilah ’kebajikan’, jadi apa salahnya? Apakah dalam kefahaman Najib, menawarkan kebajikan itu hanya hak Umno/Bn sahaja? Apakah dalam kefahaman Najib, Allah hanya membenarkan Umno/Bn sahaja yang boleh memberi kebajikan kepada rakyat?


Sepatutnya, Najib yang diuar-uarkan bijak oleh pengampunya dalam mengurus ekonomi negara (!), bukan cuba menghina dan menghalang PAS daripada menawarkan konsep negara berkebajikannya, sebaliknya Najib perlu berusaha dengan lebih keras dengan segala kuasa yang ada padanya, untuk memberi kebajikan yang lebih baik kepada rakyat. Kalau PAS kata, dia akan turunkan harga petrol, Umno/Bn turunkanlah segera harga lebih rendah dari yang ditawarkan oleh PAS. Kalau PAS kata dia mahu mesra pelabur, Najib dengan Najibnomicnya tariklah lebih ramai pelabur daripada yang PAS mampu lakukan. Kalau PAS kata dia mahu kaji semula perjanjian IPP, Najib perlu kaji semula dengan segera secara telus perjanjian itu demi kebajikan yang dapat dirasai oleh rakyat.


Hari ini PAS belum berkuasa, sedangkan Najib dan Umno/Bnnya telah pun berkuasa. PAS baru menawarkan janjinya, Umno/Bn buat sekarang kebajikan untuk rakyat. Kebajikan yang sebenar-benarnya bukan kebajikan yang penuh dengan muslihat dan tipu daya serta bersepalit dengan nanah rasuah di sana-sini dan penuh perlindungan kepada kroni!


Malangnya Najib melepaskan peluang untuk membuat kebajikan yang dapat dirasai oleh rakyat apabila:


  1. Najibnomic gagal memulihkan ekonomi negara dengan tabung kewangan negara berada dalam keadaan sangat kritikal. Ini bukan kerja kebajikan untuk rakyat.

  1. Najibnomic gagal membersihkan para pemimpin utama Umno/Bn dari daki rasuah. Ini bukan kebajikan sebaliknya terus menghilangkan keyakinan rakyat.

  1. Najib gagal memberi harga minyak yang murah kepada rakyat walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Menaikkan harga minyak setiap bulan, sama sekali ini bukan kebajikan.

  1. Najib menawarkan kebajikan ala-Umno/Bn dengan menaikkan tariff eletrik untuk rakyat. Ini bukan jenis kebajikan yang rakyat gemar. Rakyat menyamlah dan meradang!

  1. Najib gagal menyediakan mechanisma kawalan harga barangan keperluan rakyat sehingga rakyat menjadi gelisah kerana kehidupan rakyat setiap hari ditekan oleh kenaikan harga barangan.

  1. Najib sebenarnya banyak berpolitik dari berkerja untuk rakyat dengan Najibnomic-nya, NKRA-nya, dengan KPI-nya, dengan slogan 1Malaysianya, dengan Konvensyen Wasatiyyah-nya, Himpunan 1 juta Belia-nya, dengan Myplan-nya dan dengan Slogan Rakyat Diutamakan-nya namun semua itu tidak banyak dirasai kebajikan oleh rakyat! Apa yang rakyat rasai? TAK ADA APAPUN!

Jika begitulah kepimpinan Najib, apakah perlu Najib bising konon PAS tiru kebajikan yang dilakukan oleh Umno/Bn. Apa yang dikatakan kebajikan Bn oleh Najib itu, tak ada kena mengena langsung dengan kebajikan yang PAS tawarkan. Jauh bagai langit dengan bumi! Baca Buku Jingga, Najib!


Nampaknya politik Najib memang politik Mugabe. Oleh yang demikian hasrat untuk mencapai wawasan 2020 Malaysia sebagai negara maju pasti tidak akan tercapai jika beginilah pemikiran seorang Perdana Menteri. Antara pra-syarat pertama negara maju ialah Perdana Menteri yang berjiwa besar tidak dimiliki oleh para pemimpin Umno/Bn terutama Najib Razak!


No comments: