Followers

Saturday, June 11, 2011

Kesian Dr Mahathir !

Kita harus kesian melihat Dr Mahathir. Di saat usianya seperti hari ini, Dr Mahathir masih lagi degil dengan kekeliruan dan mengelirukan. Dalam tulisan terbarunya bertajuk, "Kejatuhan Negara Islam PAS", Dr Mahathir sekali lagi menulis dengan penuh rasa geram dan sindiran terhadap usaha PAS membina negara berkebajikan jika berkuasa. Dr Mahathir, walaupun kelihatan bijak namun masih gagal memahami erti Islam yang sebenar.


Konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini jika sekiranya diterima oleh rakyat berbilang kaum, tetap akan terlaksana atas dasar dan prinsip negara berkebajikan. Kerana negara Islam itu adalah sebenarnya negara berkebajikan.


Pelaksanaan hukum hudud jika disekiranya diterima oleh rakyat berbagai kaum, tetap kerana prinsip mahu memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin. Pelaksanaan undang-undang yang diredhai Allah adalah untuk menjamin keselamatan rakyat. Menjamin keselamatan rakyat adalah antara asas kebajikan yang utama.


Namun apa yang berlaku, rakyat berbagai kaum gagal memahami perjuangan dan tawaran PAS dalam menegakkan konsep negara Islam dan hukum hudud, bukanlah salah perjuangan PAS, tetapi adalah kerana peranan jahat yang dimainkan oleh Umno dan agen Umno sendiri.


Para pemimpin Umno dan media Umno, selama PAS menawarkan konsep negara Islam, telah siang malam mengelirukan rakyat berbilang kaum tentang konsep negara Islam yang murni itu. Malah Dr Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri pada waktu-waktu tersebut telah menjadi antara penghalang utama kepada perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud yang cuba diperkenalkan oleh PAS.


Siapakah pihak yang sering mempropagandakan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini adalah "Negara Islam Ala-Pas" sehingga rakyat berbilang kaum menjadi keliru?


Siapakah pihak yang celupar siang malam menabur fitnah konon Hukum Hudud yang cuba ditawarkan oleh PAS itu sebagai "Hudud PAS" bukan Hudud Islam yang sebenar sehingga kebanyakan rakyat menjadi haru dan keliru?


Tidak lain ialah para pemimpin Umno, media Umno dan Dr Mahathir sendiri.


Hakikatnya, kegagalan rakyat memahami dan menerima tawaran Konsep Negara Islam dan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS selama ini, bukan kerana kegagalan PAS mengemukakan tawaran terbaik untuk rakyat, tetapi adalah kerana berjayanya para pemimpin Umno dan agen-agen Umno (media) malah Dr Mahathir sendiri, memfitnah perjuangan suci PAS dan terus-terusan mengancam, menghasut dan mengelirukan rakyat berbilang kaum untuk terus memahami Konsep Negara Islam dan Hukum Hudud secara salah.


Sayang sungguh, sehingga ke saat ini Dr Mahathir masih cuba mengelirukan. Kesian Mahathir!!


No comments: