Followers

Thursday, June 23, 2011

Isu 2 KP JKR: Kerana ghairah mahu menjadi ahli kelab pengampu, Mohd Sidek mendapat malu!

Isu JKR ada dua kepala telah benar-benar menyerlah ‘kemaluan’ besar yang bernama Mohd Sidek. Mohd Sidek telah bertindak seperti orang tidak pandai bekerja. Kakitangan kerajaan yang berada dibawahnya sering diarah dan diminta berkerja dengan mengikut prosedur yang betul demi menjaga nama baik Perkhidmatan Awam, namun yang bernama Mohd Sidek telah gagal berbuat demikian. Mohd Sidek tidak menunjuk contoh yang baik, hanya kerana mahu menjadi pengampu Umno/Bn!


Memang memalukan! Datuk Mahfiz Omar kata Mohd Sidek ‘menipu’ Agong lagi. Habis kredibiliti Mohd Sidek!


Begitulah akibatnya apabila Mohd Sidek terlalu ghairah mahu menyertai Kelab Pengampu dan Pencacai seperti yang sedang dianggotai oleh Peguam Negara, KPN, TKPN, KHN, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, SPRM dan seumpamanya.


Mohd Sidek telah cacat dan tidak molek lagi! Maka itu Mohd Sidek wajar meletak jawatan kerana sudah hilang upaya menjadi KSN yang berkredibiliti kecuali KSN pengampu Umno/Bn !


Pelik, kenapa Mohd Sidek begitu rela namanya menjadi buruk dan menjadi tidak pandai bekerja, hanya kerana kerajaan Umno/Bn yang semakin hilang segala-galanya!?


Jom, kita turun BERSIH-kan SPR demi pilihanraya adil! Kita BERSIH-kan SPR, BERSIH-kan Perkasa, dan kita BERSIH-kan Pemuda Umno dengan gelombang kuning! Biarkan mereka lemas dan pening lalat dalam gelombang kuning BERSIH 2!



KP JKR: PAS dakwa KPN bohongi Agong

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mendakwa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pertukaran jawatan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Beliau berkata, pembohongan ini jelas terbukti apabila Mohd Sidek memaklumkan kepada Tuanku Mizan bahawa pertukaran jawatan itu dipersetujui oleh Judin sedangkan Judin secara tegas menolak pertukaran jawatan itu.

"Apa yang berlaku KSN telah membuat pertukaran tersebut dengan menyatakan bahawa telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Beliau kemukakankan kepada Yang di-Pertuan Agong seolah-olah Judin telah setuju.

"Ini menunjukkan bahawa KSN telah melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana sepatutnya sebelum KSN mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dia telah mempersembahkan sesuatu yang telah selesai dari sudut proses-proses yang mendapat persetujuan tiga pihak," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau merujuk laporan akhbar Berita Harian hari ini bahawa lima persatuan sekerja telah memperakui bahawa sebarang pertukaran dan pinjaman jawatan mesti mendapat persetujuan tiga pihak.

Tiga pihak terbabit ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), JKR dan individu yang ingin ditukarkan iaitu Judin sendiri.

"Kemudian barulah diangkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan kemudian barulah diangkat oleh KSN kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya yang juga naib presiden PAS.

Menyifatkan pembohongan itu suatu yang memalukan, Mahfuz menggesa perkhidmatan KSN diberhentikan segera.

"Amat malang sekali apabila KSN berbohong terhadap ketua negara oleh itu Perdana Menteri harus mengambil tindakan segera, tidak harus berlalu begitu sahaja," katanya.

Rombak Kabinet

Selain itu, beliau menggesa kabinet sekarang dirombak dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ditukar kerana gagal mengendalikan kes ini.

"Rombakan kabinet perlu dilakukan segera untuk memastikan JKR mempunyai seorang menteri yang baru yang mampu untuk melaksanakan tugas kerana saya yakin bahawa isu yang membabitkan pertukaran jawatan ini ada kaitan dengan kedudukan menteri yang gagal untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Tambahnya, jawatan Judin ditukarkan kerana menteri tidak senang dengan integriti yang ada pada Judin.

"Ia berpunca daripada menteri sendiri yang tidak begitu selesa dengan integriti yang ada pada Judin," katanya.

Akhir April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif CIDB berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin dan beliau masih memasuki pejabat sebagai ketua pengarah JKR seperti biasa sehingga kini.

Sumber; Harakahdaily

No comments: