Followers

Wednesday, June 29, 2011

Hah..terdapat elemen asing ?

Maka berkatalah Ketua Polis Negara, Ismail Omar konon maklumat risikan yang polis perolehi menunjukkan bahawa terdapatnya usaha daripada pihak tertentu termasuk elemen-elemen asing yang mungkin mengambil peluang daripada perhimpunan tersebut untuk mengeksploitasikan keadaan.

Inilah caranya polis Malaysia, sentiasa memberi kenyataan yang kabur dan terlalu umum untuk memaksa rakyat mempercayai mereka. Beberapa bulan yang lalu kita juga mendengar kenyataan polis, ”sah video seks itu tulin”. Lain yang hendak diketahui umum, lain yang diberi jawapan!

Rasanya cara ini terlalu ketinggalan zaman atau terlalu basi. Hanya katak dibawah tempurung sahaja yang akan kagum dengan kenyataan-kenyataan yang seperti itu. Bagi mereka yang celik akal dan kenal ragam politik tidak bermaruah Umno/Bn, kenyataan KPN itulah yang sebenarnya mampu menggelisahkan rakyat dan membimbangkan pelabur bukan himpunan BERSIH.

Adakah munasabah BERSIH 2 yang mahu nyahkan KOTOR-nya SPR terkandung elemen asing? Nampak sangat macam Malaysia lebih suka KOTOR dari BERSIH! Polis yang tulis pada kenderaan mereka ”Tak Nak Rasuah” adalah kerana rasuah KOTOR, kenapa pula fobia dan trauma dengan himpunan BERSIH 2 yang mahu BERSIH-kan KOTOR-nya pilihanraya?

Kalau polis bimbang sangat akan elemen asing kepada keselamatan negara, siasat dulu apa itu APCO yang katanya sedang berada dalam kelambu pentadbiran negara di Putrajaya sekarang! APCO jelas berada hampir dengan peti rahsia keselamatan negara sedangkan himpunan BERSIH cuma ada secara terang-terangan (bukan sulit) dan aman di atas jalanraya!

Semoga polis kembali kepada tugas yang sebenar ia itu menjamin keselamatan dan kebebasan demokrasi rakyat bukan asyik menjaga kepentingan politik parti-parti politik pemerintah.

No comments: