Followers

Saturday, June 04, 2011

FELDA, apa lagi yang tinggal?


Dengan pembongkaran isu-isu FELDA yang tidak ternafikan oleh kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah sejak akhir-akhir ini menjadikan keadaan FELDA begitu merbahaya. Tidak keterlaluan jika dijangkakan bahawa jika Pakatan Rakyat tidak memenangi PRU ke 13 nanti, FELDA mungkin akan tergadai. Silap-silap haribulan dengan peneroka-peneroka FELDA sendiri akan tergadai.

Dakwaan ini bukan keterlaluan tetapi ada kemunasabahannya. Tidak tergadaikah FELDA kalau dah kemerosotan rizab tunai sebanyak RM2.73 bilion…billion dalam tempoh lima tahun? Hal ini didedahkan sendiri oleh Pengerusi Anak-anak Peneroka FELDA (ANAK) saudara Mazlan Aliman. Apakah yang akan berlaku kepada FELDA dalam tempoh lima tahun selepas itu kalau Umno/Bn terus memerintah? Tidak mungkinkah lagi merosot rizab tunai?


Kemerosotan rezab tunai FELDA dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 seperti yang diakui oleh Ahmad Maslan Timbalan Menteri Umno yang jaga FELDA di Dewan Rakyat 16 Jun 2010.


Dakwa Mazlan Aliman, zaman Najib Razak, kawalan kewangan FELDA begitu diragui dan pemborosan berlaku keterlaluan termasuk membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Yusof Noor sebanyak RM84,923.


Selain itu Mazlan mendedahkan wang FELDA digunakan dalam kempen PRK Parlimen Hulu Selangor, PRK Dun Tenang Johor dan Dun Kerdau Pahang yang menelan belanja jutaan ringgit.


Pengerusi FELDA yang baru Tan Sri Isa Samad menjadikan FELDA bagaikan terlepas dari mulut biawak masuk ke mulut harimau. Belum sampai setahun menjadi Pengerusi FELDA, Isa Samad telah banyak melakukan pembaziran dan penyelewengan kuasa, menyerang staff FELDA yang menyokong PR, menghentam peneroka yang urus kebun sendiri dan memperbanyakkan program politik bagaikan FELDA salah satu lagi sayap parti Umno.


Jika beginilah keadaan FELDA di bawah penguasaan Umno yang kian gelojoh, tidak tergadaikah FELDA? Iya.... silap-silap gaya dengan peneroka-peneroka sendiri bakal tergadai! Semoga peneroka FELDA berani membuat perubahan untuk 'menyelamatkan diri dari tergadai!


No comments: