Followers

Wednesday, June 08, 2011

Biarkan pemimpin Umno 'gila'....gila talak !

Dalam usaha hidung tak mancung pipi tersorong-sorongnya, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terus bagaikan orang gila talak mengajak PAS berpadu dengan Umno. Ahmad Maslan bertingkahlaku seperti orang benak yang sukar benar untuk memahami apa yang orang lain (PAS) kata. Atau Ahmad Maslan kini sedang berada di pihak yang sedang desprate dengan terlalu mengharapkan ‘tongkat’ daripada PAS. Atau Ahmad Maslan sebenarnya tidak ikhlas dalam usahanya itu melainkan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan Ahmad Maslan itu sebenar terlalu mudah untuk dijangka.


Ahmad Maslan meminta PAS melupakan apa yang beliau sebutkan sebagai ‘memori silam antara kedua-dua parti’. Sudah tentulah agaknya memori itu pahit kerana Ahmad Maslan minta PAS melupakannya. Apakah memori silam itu, hanya Ahmad Maslan yang tahu.


Sebenarnya tidak perlulah Ahmad Maslan sebut tentang memori silam itu, tapi fikirkan sahaja apa yang para pemimpin Umno buat sekarang, sama ada masih relevan atau tidak untuk mereka menawarkan perpaduan kepada PAS sebuah parti yang jelas berintegriti dan patuh kepada ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran, al-Hadith, Ijmak ulamak dan qias yang disepakati.


Apa yang para pemimpin Umno buat sekarang selepas ‘memori silam’ itu?


  1. Umno pernah mencipta Islam Hadhari semata-mata mahu melawan perjuangan Islam PAS.
  2. Jamil Khir Baharom pernah kata konsep 1Malaysia tidak berbeza dengan Islam Hadhari yang dicipta untuk menyaingi perjuangan PAS.
  3. Operasi Lalang telah ramai menyumbat para pemimpin PAS dalam ISA.
  4. Menukar royalti minyak kepada wang ihsan di Trengganu sewaktu PAS memerintah Trengganu dan kemudian menukar semula kepada royalti minyak untuk Trengganu sewaktu Umno memerintah Trengganu sekarang.
  5. Minyak di perairan Kelantan dinaikkan di Thailand dan kemudian tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan kerana hanya yang memerintah Kelantan ialah PAS.
  6. Merampas kuasa secara khianat dan tidak berperlembagaan kerajaan yang bermenteri besarkan PAS di Perak.
  7. Menggunakan agensi-agensi kerajaan, PDRM dan SPR dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan Pakatan Rakyat dengan memberi MyKad kepada warganegara asing yang sedang berlaku secara gila-gila sekarang.
  8. Membiar atau mengawal SPR menguruskan pilihanraya secara tidak adil dan penuh putar belit demi ketamakkan kuasa Umno yang rakus di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS.
  9. Mengkhianati penyokong-penyokong PAS dalam kalangan kakitangan kerajaan dengan pertukaran dan tindakan yang tidak wajar dan khianat.
  10. Memarahi dan mengecam para ulama dan para pemimpin PAS menolak fitnah lucah yang Umno sebar luaskan.
  11. Menuduh Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS berpolitik mahu merebut jawatan Perdana Menteri.
  12. Menghalang secara haprak kerajaan PAS melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
  13. Kerajaan Umno dengan jahatnya tidak pernah memberi ruang barang setengah jam kepada para pemimpin PAS untuk muncul berucap dalam radio atau TV melainkan hanya keluar wajah dengan gerak bibir tapi suara tetap suara juruhebah pencacai Umno.
  14. Kerajaan Umno meluluskan judi bolasepak yang ditentang keras oleh seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS.
  15. Secara jahil melalui media-medianya Umno telah memfitnah dengan menuduh PAS menolak kepimpinan ulama selepas Muktamar PAS baru-baru ini.
  16. Merancang gangguan kepada ceramah-ceramah PAS melalui FRU dengan semburan air kimia, belasahan dengan belantan malah ada penyokong PAS yang kena tembak seperti di Batu Buruk Trengganu dulu, sekatan jalan raya dan macam-macam lagi.
  17. Menyindir perjuangan Islam PAS dengan pelbagai sindiran jahat, Parti Anak Syaitan-lah, parti kampung-lah, parti kain pelekat-lah, parti ektremis, parti pelampau Islam, PAS kuda tunggangan DAP-lah dan macam-macam.
  18. Pemimpin NGO Umno, ‘mengecil hati’ seluruh ahli PAS dengan melabel Tuan Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS sama seperti ayah pin.
  19. Umno memfitnah Datuk Seri Nizar MB Perak (PAS) menderhaka kepada raja walhal Umnolah yang sebenarnya penderhaka kepada raja-raja Melayu.
  20. Menyekat peruntukan tahunan kepada para wakil rakyat PAS kerana para wakil rakyat PAS pembangkang. Peruntukan tahunan dari hasil cukai rakyat dibuat macam hak mak ayah dia sahaja. Itulah Umno!
  21. Melambatkan atau melengah-lengahkan peruntukan kewangan tahunan untuk kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS.
  22. Mewujudkan ‘kerajaan dalam kerajaan’ di negeri-negeri yang di perintah oleh PAS.
  23. dan macam-macam lagi perangai jahat kerajaan Umno terhadap PAS. Ianya bukan sahaja berlaku dalam ‘memori silam’ malah sekarang ini PAS masih ditekan malah kalau boleh sentiasa mahu ‘dipulas telinga’ oleh Umno.

Inikah yang Ahmad Maslan kata Najib, Muhyiddin dan ahli majlis tertinggi Umno yang lain tidak terlibat? Taik kucing! Haprak! Poorah!


Umno dengan para pemimpinnya seperti yang ada pada hari ini, perlu ditumbangkan bukan bersepadu dengannya. Biarkan para pemimpin Umno 'gila'.....gila talak!


No comments: