Followers

Friday, June 24, 2011

Biarkan Datuk T bergumbira dengan hukuman fitnah zina paling ringan di dunia ini! Biarkan.. kerana itulah yang nafsu mereka mahu !

Nampaknya Datuk Tolol keluar semula. Jangan dilayan segala isu yang bakal dibangkitkan. Kita perlu tidak melayan bukan kerana yang dituduh Datuk Tolol itu ialah Anwar Ibrahim tetapi cara Datuk T itu salah. Kerana dendam kesumat Datuk T sanggup membuat fitnah yang mengaibkan orang lain seketurunan.


Biarlah Datuk T bergumbira dengan hukuman paling ringan yang diterima mereka di muka bumi ini kerana memfitnah orang. Biarkan!


Mengikut hukum Islam hukuman penjenayah qazaf di dunia ini, jika gagal membawa 4 saksi yang menepati syariat Islam ialah disebat 80 kali sebatan dan menjadi fasik lantas tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan dan seumpamanya lagi.


Orang menuduh orang berzina tanpa 4 saksi seperti yang disyaratkan terlepas juga hukuman menurut yang perintah Allah di dunia, yakinlah bahawa hukuman Allah di sana nanti maha dahsyat.


Kita lantakkan pejuang-pejuang lucah itu dengan ketololan mereka, kita terus focus kepada BERSIH-kan SPR demi pilihanraya BERSIH. Jom kita turun dan tetap turun ramai-ramai pada perhimpunan BERSIH 2 pada 9 julai nanti. Persetankan mereka yang lucah lagi tolol itu!


1 comment:

Anonymous said...

jangan marah sangat...biarlah macam tu.kita kena percaya setiap yang berlaku mungkin Allah nak menguji atau Allah menurunkan bala kepada seseorang.