Followers

Friday, June 03, 2011

Bapak ketam bermadah: Ketepikan fahaman politik

Ketepikan fahaman politik! Begitulah bunyi madah bapak ketam yang dikumandangkan apabila melakukan sesuatu yang membabitkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Antara madah bapak ketam ialah Kerajaan Pusat (pimpinannya) SENTIASA mengutamakan kepetingan rakyat dan SANGGUP mengetepikan fahaman politik apabila bersedia menjalin kerjasama dengan negeri yang dikuasai pembangkang (Pakatan Rakyat) menerusi perjanjian penstruktur semula perkhidmatan bekalan air.



Tak kiralah melalui perjanjian air atau apapun makna yang boleh difahami ialah demi kesejahteraan rakyat, bapak ketam SANGGUP ketepikan fahaman politik.


Iya ke?


Kerajaan Kelantan (PR) menggelupur menuntut royalti minyak demi kesejahteraan rakyat! Di mana bapak ketam dalam hal ini? Sampai bila rakyat Kelantan terpaksa menggelupur menuntut royalti yang menjadi hak mereka. Apakah hingga terpaksa membawa ke mahkamah itu bermaksud mengetepikan faham politik oleh kepimpinan bapak ketam?


Kerajaan Selangor (PR) jenuh cuba mendapat hak demi kebajikan rakyatnya dalam isu air dengan SYABAS kroni bapak ketam, apakah bapak ketam berjaya benar ketepikan fahaman politik dalam isu ini?


Dalam kes royalti minyak kepada Trengganu. Semasa Wan Mokhtar Umno/Bn memeritah, Trengganu dapat royalti. Apabia Tuan Guru Haji Hadi dari PAS (PR) pembangkang Umno /Bn memerintah royalti bertukar tiba-tiba menjadi wang ehsan. Dan apabila Mat Said Umno/Bn parti pimpinan bapak ketam memerintah, wang ehsan bertukar semula menjadi royalti. Nampaknya di Trengganu, royalti menjadi sesumpah kejap merah atau biru, kejap hijau. Ketepi fahaman politik haram jadah apa begini?


Wakil-wakil rakyat Umno/Bn mendapat peruntukan mewah setiap tahun, bagaimana pula dengan peruntukan tahunan untuk wakil-wakil rakyat pembangkang (PR). Apakah tidak memberi peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang itu dinamakan mengetepikan fahaman politik oleh kerajaan bapak ketam?


Walaupun sudah selesai dan telah berlalu, apakah kerajaan bapak ketam ketepikan fahaman politik dalam perlantikan SUK negeri Selangor? Bagaimana agaknya kerajaan Selangor hari ini jika MB Selangor tidak tegas dalam menerima SUK itu? Bapak ketam memang pandai ketepikan fahaman politik mengikut caranya!!


Perhimpunan 1 juta belia (?) dapat permit, perhimpunan 1 juta Bersih tak boleh! Satu lagi ketepikan fahaman politik gaya bapak ketam.


Sesungguhnya banyak lagi kalau hendak disebutkan bahawa bapak ketam memang bapak ketam sungguh! Cakap tidak serupa bikin....ketepikan fahaman politik konon!!!


Ketepikan fahaman politik - PM


Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan NAZMIL NASIRUDDIN


PUTRAJAYA 2 Jun - Kerajaan Pusat sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan sanggup mengetepikan fahaman politik apabila bersedia menjalin kerjasama dengan negeri yang dikuasai pembangkang menerusi perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permuafakatan dalam merealisasikan pelaksanaan dasar itu adalah demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat.

''Penstrukturan semula industri air adalah satu inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu memodenkan industri bekalan air di negara ini agar lebih bersifat holistik dan efisien.

''Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi kerajaan, saya berharap agar negeri lain di Semenanjung Malaysia akan segera turut serta kerana matlamat kita ialah menyediakan bekalan air bersih dan berkualiti kepada rakyat pada harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negeri Pulau Pinang, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

sumber:utusan

No comments: