Followers

Wednesday, May 04, 2011

Sepupu Najib kata pengganas tidak ancam Malaysia tapi....

Dalam satu kenyataan di pejabatnya, sepupu Najib berkata Malaysia bebas dari sebarang ancaman kumpulan pengganas malah tidak pernah menjadi sasaran bagi mana-mana kumpulan tersebut.

Maknanya berkaitan pengganas, Malaysia tidak ada masalah. Tapi yang menjadi masalah ialah sepupu Hishamuddin yang tak pasal-pasal lebih laju dari lajak mengatakan dunia lebih aman bila Osama meninggal dunia. Satu kenyataan yang tidak cerdik dari sepupu Hisham kerana masakan tanpa Osama seorang dunia sudah dikira aman! Hebat benar Osama, seorang diri boleh goncang dunia!


Kenyataan yang lebih cerdik yang patut sepupu Hisham keluarkan ialah tanpa wujudnya Israel dunia akan aman seaman-amannya! Ini lebih logik.


Mengenai Malaysia, walaupun pengganas tidak berminat namun Malaysia di bawah pimpinan Najib Rosmah, lebih terancam keselamatannya kerana:

  1. Pemfitnah,
  2. Penerbit video lucah (Datuk Trio)
  3. Perogol (termasuk perogol amah)
  4. Peletup C4
  5. Pemukul demontrans,
  6. Penipu pilihanraya,
  7. Perasuah,
  8. Pemakanrasuah,
  9. Penyiasat SPRM (sudah 2 orang mati dalam siasatan...)
  10. Pemimpin perkakas Amerika,
  11. PERKASA perkauman dan
  12. MCA yang terang-terang prejudis terhadap Islam agama rasmi pesekutuan!

Itulah sebenarnya yang lebih mengancam keselamatan Malaysia berbanding apa yang dikatakan pengganas! Betul tak sepupu Najib?

No comments: