Followers

Sunday, May 22, 2011

Orang Kelantan bertuah, orang di tempat lain tolak tuah!

Begitulah hebat, kental dan bergayanya dakwah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Sentiasa mentarbiah semua golongan rakyat tak kira siapa mereka sehingga ke kapten pasukan bola sepak pun. Orang-orang Kelantan khususnya orang-orang Melayu di sana yang kuat pegangan Melayu dan Islamnya bertuah kerana mempunyai seorang alim dan wara menjadi Menteri Besar. Semuanya itu kerana orang-orang Kelantan itu sendiri yang mahu MB yang begitu, alim dan wara' yang boleh memimpin bukan sahaja untuk kehidupan dunia malah juga untuk kehidupan di akhirat nanti.

Di negeri-negeri lain seperti Perlis, Johor, Perak, Pahang, Melaka, Trengganu dan Negeri Sembilan bagaimana?

Orang-orang Melayu Kedah alhamdulillah, telah mengikut jejak orang-orang di Kelantan maka Ustaz Azizan telah dijadikan MenteriBesar. Hakikatnya ialah orang-orang Kedah mahukan begitu, mahukan Menteri Besar yang bukan sahaja bijak hal ehwal dunia malah cendikiawan dan alim hal ehwal agama Islam. Hasilnya Kedah semakin cemerlang!

Orang Melayu Perlis? Setakat ini orang-orang Perlis masih tetap mahukan Isa Sabu yang menyebabkan Shahidan Kassim juga terliur untuk kembali ke situ. Orang-orang Perlis terutama orang-orang Melayu mahukan MB yang begitu, yang macam Isa Sabu atau yang macam Shahidan Kassim. Setakat hari ini orang-orang Melayu di Perlis masih tak mahu MB Melayu yang macam Tuan Guru Harun Din atau Ustaz Hashim Jassin. Yang pandai tafsir Quran dan hadith dan boleh buat macam-macam termasuk mandi dan solat jenazah mana-mana orang yang mati di Perlis, orang Perlis masih tak mahu dari jenis itu. Pelik, apa istimewanya MB dari jenis Isa Sabu atau Shahidan Kassim? Dan kenapa agaknya orang-orang Melayu Perlis tak mahu bernaung di bawah pimpinan ulama macam orang Kelantan?

Di Perak, nasib orang Perak agak malang kerana kuasa jembalang telah meletakkan pakar ancak ke kerusi Menteri Besar. Tak apalah jangan putus asa cuba lagi dalam PRU ke 13 nanti!

Di Johor, Datuk Mahfoz yang alim, wara’ dan cedikiawan itu pun tidak diingini Melayu Johor. Peliknya Cina Johor mahu pulak Datuk Mahfuz! Orang-orang Melayu Johor macam juga Halimah Saddique dan pemimpin-pemimpin UMNO lain tetap mahukan Ghani Osman jadi MB mereka. Kalau begitu akan malang dan kempunanlah orang-orang Melayu Johor jika mahu mengikuti kuliah agama mingguan dari Ghani Othman dan berimamkannya dalam apa juga solat di Johor! Di Kelantan kapten bola sudah mahu dijadikan imam, di Johor MB pun belum jadi imam lagi!

Di Pahang pun sama. Orang-orang Pahang ada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang alim dan wara' amalan Islamnya tapi tetap mahukan Adnan Yaakub yang terkenal pandai membuat isyarat lucah itu. Itulah keistimewaan dan kekuatan Tok Nan. Allah memberi peluang jika mahu berimamkan seorang Menteri Besar pilihlah PAS dari Pakatan Rakyat, orang-orang Pahang terutama orang-orang Melayu tak mahu Tuan Ibrahim kerana mungkin Tuan Ibrahim tak ada keistimewaan tak pandai nak buat isyarat macam Tok Nan buat! Maka tak merasalah orang-orang Pahang nak solat ramai-ramai di Stadium Darul Makmur apatah lagi nak memiliki Stadium yang ada masjid! Untuk bergalak dalam Fiesta Idola, no problem, kerajaan Adnan Yaakub boleh uruskan kerana itu sahajalah yang kerajaan Adnan Yaakob pandai! Adnan Yaakub ini juga ada sediakan sebuah kilang radioaktif Lynas di Gebeng! Memang Adnan seorang MB yang bijak kerana kilang yang semua negara tak mahu, Adnan dengan wawasannya yang melangkau planet bumi itu telah membawa kilang itu ke Pahang! Itulah namanya bijak...mengalahkan pemimpin dunia yang lain!! Namun kalau nak merasa cacat seumur hidup, bantut atau mati dek kerana kebocoran radioaktif dari kilang Lynas nanti, datanglah dan menetaplah di Pahang!

Di Melaka pula dah ada Ustaz Ghani Abdul Rahman yang alim dan wara’, tapi orang-orang Melaka tetap mahukan Ali Rustam yang pandai berkokok itu. Orang Melaka tidak mahu Ustaz Ghani yang tak pandai berkokok gamaknya. Kalau di Kelantan Tuan Guru Nik Aziz mahu bina stadium yang ada masjid dan berimamkan kapten pasukan bolasepak Kelantan, maka di Melaka, Ali Rustam bina Sekolah Hamil dan melahirkan lebih ramai ibu-ibu hamil tiba-tiba di Melaka! Syabas orang Melaker!

Di Trengganu diharap orang-orang Trengganu telah belajar dari kesilapan lampau. Kembalikan orang-orang alim, wara' atau yang berjurus mentadbir Trengganu. Kan Trengganu ada Tuan Guru Haji Hadi, ada Datuk Harun Taib, ada Tuan Syed Azman, ada Wahid Endut, tak kan nak bagi kepada Mat Saad jugak! Atau nak kembalikan kepada Mat Deris Jusoh semula? Pelik mu !

Maka kesimpulannya orang-orang Kelantan dan Kedah juga yang bertuah. Mempunyai MB yang ulama, wara’ dan alim agama Islam untuk mampu dijadikan panduan dunia dan akhirat oleh rakyat. Orang-orang Melayu dan Islam di negeri-negeri lain nampaknya, setakat ini masih menolak tuah! Atau bukan orang berjurus, bukan orang alim dan wara’ menjadi MB itu merupakan satu tuah? Bertuah kita ulama dan orang wara’ tidak menjadi MB! Bertuah kita Ali Rustam, Ghani Othman, Mat Hassan, Isa sabu dan Zambry jadi MB kita....selamat kita dunia dan akhirat? Begitu ? Begitulah agaknya!

1 comment:

Anonymous said...

Kelantan mmg semua hebat, serba serbi hebat, semua bab hebat, g mana-mana pun mesti akan dengar kehebatan kelantan, hidup kelantan