Followers

Wednesday, May 11, 2011

Umno bermain api, Bernard Dompok terus bagi api....padan muka UMNO!

Jika sendiri bermain api, maka tangan sendiri juga akan terasa panasnya malah mungkin diri sendiri akan terbakar. Utusan yang saham terbesarnya dimiliki oleh UMNO, boleh dianggap sebagai hak dan suara UMNO. Dan Utusan telah pandai-pandai bermain api apabila telah menyiarkan kenyataan yang bukan-bukan, yang mengundang respon yang bermacam-macam.

Utusan yang telah melontar api, telah disambut oleh parti komponen BN sendiri ia itu Presiden UPKO, Bernard Dompok. Api yang dilontar Utusan itu, dilontar semula dengan kadar sedikit sahaja oleh Bernard Dompok dan kini tuannya UMNO yang kepanasan!


Dengan megah dan yakin Bernard Dompok melontar semula, "Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.


Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini."


Bernard Dompok betul berasaskan perlembagaan cetusan Lord Reid kesayangan UMNO itu. Bernard Dompok tak salah. Tetapi ia tetap menghiris dan melepuhkan kulit pencacai totok UMNO sendiri. Maka UMNO dan segala kuncu-kuncunya kini bukan sahaja panas punggung tapi panas seluruhnya.


Nasihat kepada UMNO, cukuplah jadi bodoh dan sombong, bina bangsa dan rakyat dengan Islam yang sebenar, integriti dan ilmu bukan dengan emosi, fitnah, kedangkalan dan kelucahan kerana orang lain sudah tidak bodoh macam kamu. Bodoh sendiri, sendiri tanggunglah!


Kalau mahu tegakkan Islam sebagai Ad-Din, UMNO mesti buang parasit yang menganjurkan Islam seperti ini. Ini menghina Islam! Maka padanpun orang seperti Bernard Dompok memperbodohkan kamu! Siapa suruh kamu bermain api?


No comments: