Followers

Tuesday, May 03, 2011

Najib kata dunia akan lebih selamat tanpa Osama

Najib kata "dunia akan lebih selamat tanpa Osama .....".

Najib kata begitu agaknya kerana Osama dikatakan menggunakan kaedah perjuangan yang telah membunuh ramai manusia lain?

Yeah... dunia akan lebih selamat tanpa Osama!!

Selepas ketiadaan Osama ini, wanita dan kanak-kanak bebas ke mana-mana, tiada lagi perogol dan penculik!!

Jenayah dunia, pembunuhan manusia yang tidak berdosa seperti rakyat Palestin,Chechen, Iraq, Libya dan Afghanistan akan berhenti terus kerana dunia akan selamat tanpa Osama!

Amerika dan Eropah tidak akan serang Libya lagi kerana dunia sudah pun selamat tanpa Osama!

Israel akan berhenti membunuh rakyat Palestin kerana dunia akan lebih selamat tidak ada Osama!!

Tsunami seperti di Acheh yang mengoban ratus tibu manusia dan tsunami seperti di Jepun pun tidak akan ada lagi kerana Osama telah tiada!!

Puting beliung tidak akan lagi membeliung Amerika kerana Osama telah tidak ada. Dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama!!

Yeah dunia akan lebih selamat tanpa ada Osama dan kerana adanya Obama!!!!!

Iye ke??

Kerana kalau dikatakan tanpa Osama dunia lebih selamat kerana dia dikatakan dia membunuh ramai manusia, apa kurang nya dengan Obama, Presiden Amerika itu??? Obama masih ada!!

1 comment:

Solihah Muzahar said...

mmg pelik pak cik najib nih.kepala otak dh sama ngan amerika.