Followers

Thursday, May 26, 2011

MUBARAK macam orang mabuk je!

MUBARAK singkatan kepada Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (ini pasti wakil rakyat Umno/Bn je sebab wakil dari parti lain mana yang nak anggota MUBARAK…baik pi makan Murtabak), telah mengatakan Ustaz Nasha ok, Tuan Ibrahim ok dan MUBARAK tak kata apa mengenai pencalonan Mat Sabu, maka maknanya Mat Sabu mungkin tak ok bagi MUBARAK!


Kata MUBARAK, dengan dua calon ok maka ada sinar perpaduan Melayu! Begitulah analisis politik MUBARAK. Mudah sahaja kira-kira MUBARAK!


Nampaknya MUBARAK yang telah lama tidak berpolitik tetap sekali sekala mengeluarkan pandangan politiknya. Tapi malang analisis politik MUBARAK jauh ketinggalan zaman, streotaip dan begitu lapok bunyinya! MUBARAK melihat sinar perpaduan Melayu kepada pencalonan Ustaz Nasha dan Ustaz Dato Tuan Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Maka inilah yang lapoknya, malah kalau difikir dua tiga kali nampak pula benaknya.


Kenapa dikatakan begitu? Kerana terdapat 3 faktor yang tidak tercapai difikiran MUBARAK untuk dihadamkan.


Pertama, apakah orang Melayu tidak berpadu? Rakyat berbangsa Melayu kelihatannya hidup seperti biasa dengan pelbagai aktiviti kehidupan, gotong-royong, kenduri kendara, urusan kematian, tidak ada yang saban hari bertetak bertembak sesama mereka malah tiada apa-apa tergambar ada pepecahan. Bagaimana pula MUBARAK melihat konon ada sinar kepada perpaduan Melayu? Bilanya Melayu berpecah! Adik beradik aku ada PAS, PKR malah ada UMNO totok, elok saja kami berkeluarga!


Kedua, kalau benarlah kononnya Melayu perlukan perpaduan, MUBARAK bukan sepatutnya melihat kepada PAS, malah mesti melihat kepada UMNO yang berkerajaan di Putrajaya itu. Alasannya, Kelantan negeri Melayu, kenapa kerajaan UMNO tak bagi royalti petroleum kepada kerajaan negeri tersebut demi perpaduan Melayu? Trengganu yang juga negeri majoriti Melayu, sebaik diperintah oleh PAS, kenapa kerajaan UMNO dengan khianatnya tukarkan royalti menjadi wang ehsan? Dalam persempadan semula kawasan pilihanraya, kenapa tidak dibuka lebih banyak kawasan majoriti Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu? Anwar Ibrahim mempunyai begitu ramai penyokong dalam kalangan Melayu, kenapa saban hari maruah Anwar diaibkan? Tidakkah MUBARAK terfikir mengaibkan Anwar Ibrahim bermakna mengaibkan bangsa Melayu yang terkenal sopan santunnya? Perbuatan UMNO mengaibkan Anwar Ibrahim juga telah menjatuhkan imej mulia orang-orang Melayu yang beradab. UMNO mengaku sebagai parti Melayu tetapi berperangai tidak beradab dan sungguh kurang sopan sehingga tergamak mencerita semua perkara dan hal dalam kain dan lubang dubur orang Melayu juga! Dilihat oleh bangsa lain maka seolah-olah begitulah perangai orang-orang Melayu sedangkan itu perangai UMNO sebenarnya! Dalam hal ini Umno tidak menyumbang kebaikan kepada imej dan maruah orang-orang Melayu!


Maka jelas yang menggugat perpaduan dalam kalangan Melayu bukanlah PAS tapi UMNO itu sendiri yang berkerajaan secara gedebe itu. MUBARAK sepatutnya melihat dan seru harapan kepada Umno bukan mengharap perpaduan Melayu dari kedudukan Timbalan Presiden PAS yang tidak boleh membuat keputusan parti secara sendirian itu.


MUBARAK sepatutnya berkata, PAS ok, Pakatan Rakyat ok, BN tak ok, UMNO lagi tak ok, Najib terus KO! Ekonomi negara di bawah Najib terus semput apatah lagi akhlak para remaja Melayu! Maka sekali lagi Najib memang tak ok!


No comments: