Followers

Monday, May 30, 2011

Kini dadah bukan lagi musuh nombor satu negara Malaysia tetapi pembangkang!

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semakin kritikal sakitnya. Sakitnya Najib sebagai seorang Perdana Menteri kerana sudah tidak dapat membezakan antara parti pembangkang yang berdaftar di bawah undang-undang negara dengan musuh sebenar negara ini.

Kerana kekeliruan mental yang keterlaluan itu telah menyebabkan Najib mengajak seluruh belia dalam negara ini mempertahankan Putrajaya walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Putrajaya mesti dipertahankan. Jerit Najib kepada sekumpulan belia yang berkumpul di Putrajaya tempoh hari.


Ramai yang menduga, walaupun Najib tidak menyebut mana-mana parti politik dalam ucapannya, tetapi adalah jelas ia merujuk kepada Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP). Dihadapan lebih kurang 8000 para belia, Najib seorang Perdana Menteri sebuah kerajaan telah mengisytiharkan parti-parti pembangkang yang berdaftar di negara yang dipimpinnya sebagai musuh nombor satu negara.


Kalau dahulu kerajaan Umno/Bn sering melaungkan dihadapan para belia bahawa dadah musuh nombor satu negara, kini bagi kerajaan Malaysia pimpinan Najib, parti-parti PAS, PKR dan DAP!


Sungguh malang nasib negara ini, kerana musuh utama kerajaan yang memerintah, yang perlu dikerah seluruh tenaga dan jiwa rakyat walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa ialah parti-parti yang dipimpin oleh seorang ulamak berwibawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang reformis tulen Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang ahli politik veteran Malaysia Lim Kit Siang!


Bagi menjustifikasikan pengisytiharan parti-parti pembangkang sebagai musuh utama Putrajaya, Najib Perdana Menteri terus membudayakan politik murahan atau ’politik eskay’ dengan mendakwa Putrajaya akan dilelong oleh Pembangkang (PAS, PKR, DAP) walaupun realiti sebenarnya kerajaan Umno/Bn Najiblah yang telah ’melelongkan’ dengan harga murahan sahaja tanah warisan pusaka bangsa, Pulau Batu Putih dan Tanah KTM di Singapura!


Maka dengan pengisytiharan Najib itu, wawasan 2020 di mana negara akan dijadikan negara maju wajar dibakul-sampahkan kerana tiada mana-mana negara maju dalam dunia ini yang mengisytiharkan parti-parti pembangkang negara mereka, sebagai musuh utama negara, hanya di negara malang ini, Malaysia!


Nampaknya kerajaan Najib tidak mampu untuk terus bergerak ke arah kemajuan tetapi terus ke belakang bagaikan 'hantu baran' yang jalan mengundur!


Sakit....memang kronik sakit dia!

No comments: