Followers

Saturday, May 07, 2011

Khabarnya, Najib sedang sakit sekarang ?

Najib perlu rawatan mental - Mahfuz

Oleh Mat Zahari Ali

Datuk Seri Najib Razak perlu menjalani rawatan mental ekoran kenyataannya yang menyeru PAS meninggalkan Pakatan Rakyat berikutan gabungan pembangkan itu disertai DAP.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyindir dengan meminta isteri Perdana Menteri itu, Datin Rosmah Mansor, doktor peribadi dan Kementerian Kesihatan segera memberi rawatan kepada Najib yang dilihat mengalami masalah mental yang kronik.

"Najib dah lupa sebab sudah berpuluh-puluh kali pemimpin PAS membuat kenyataan bahawa PAS tidak akan sama sekali bersama UMNO dan BN.

"Najib dan UMNO semakin terdesak dan amat takut ekoran orang China tidak lagi menyokong mereka. Kesan terlalu takut itu, Najib mengalami sakit jiwa dan bercakap tanpa merujuk fakta.

"Saya bimbangang nanti Najib akan terjun bangunan di Putrajaya atau PWTC apabila ketakutan itu sudah tiba pada kemuncaknya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepad Suara Keadilan.

Mengenai hubungan PAS-DAP, Mahfuz berkata keakrapan berlaku dalam setiap keadaan terutama dalam menghadapi pilihanraya hingga menyebabkan Najib dan UMNO mengalami gangguan mental yang serius.

"DAP tak pernah bunuh Ibrahim Libya, DAP tak pernah bunuh Ustaz Osman Talib di Padang Terap, malah DAP juga tak pernah roboh masjid dan sekolah agama rakyat sebagaimana dilakukan oleh UMNO.

"Sebab itu saya suruh orang-orang yang terdekat dengan Najib supaya berhati-hati agar tidak berputih mata sekiranya beliau bertindak membunuh diri nanti," sinis beliau.

Sumber: SK14

1 comment:

antahberantah said...

Najib dah mula meroyan. Dia sakit jiwa yang dia sendiri tak sedar. Sebelum dia membahayakan dirinya dan negara khususnya elok kita cepat-cepat rentap dia turun dan lokapkan dia.