Followers

Sunday, May 08, 2011

Kalau kristian jadi agama rasmi, salah UMNO

Sekali lagi UMNO bermain dengan fitnah. Nampaknya UMNO dengan fitnah bagaikan taik dengan ulat taik.

Kalau benar seperti yang dilapor oleh Utusan Malaysia milik UMNO, kristian mahu dijadikan agama rasmi negara, dah itu kenapa? UMNO nak salahkan siapa? UMNO nak salahkan paderi kristian dalam keadaan UMNO tidak memberi kuasa kepada Islam dan tidak pernah menunjukkan Islam yang sebenar yang cantik kepada seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini walaupun UMNO berpeluang berbuat demikian?


Hakikat yang sebenarnya isu ini, bermakna satu lagi kegagalan terbesar UMNO sebagai parti yang mengaku ‘parti Islam’ dan parti orang Melayu terbesar di dunia. Utusan Malaysia milik UMNO telah membuka pekungnya sendiri. UMNO sering mendakwa dia berjaya buat apa sahaja dalam pemerintahannya untuk kepentingan rakyat. Berita ini kalau benar, menggambarkan sebaliknya. UMNO memang tidak boleh diharap untuk menjaga kepentingan Melayu apatah lagi kepentingan Islam!


UMNO lupakah setiap kali kempen pilihanraya di kawasan orang asli UMNO akan bagi tahu orang asli jika pangkah bulan tidak akan dapat minum arak? UMNO lupakah setiap kali pilihanraya UMNO memberi rasuah kepada pengundi? UMNO lupakah bahawa kerajaan UMNO-lah yang telah meluluskan judi bolasepak? UMNO lupakah bahawa suratkhabar UMNO telah siarkan gambar-gambar lucah rakaman video seks yang dihebuhkan itu, untuk dibaca oleh semua orang termasuk kanak-kanak? UMNO lupakah dalam PRK DUN Tenang, Timbalan Presiden UMNO merestui Chua Soi Lek kutuk konsep negara Islam yang cuba dibawa oleh PAS? UMNO lupakah yang UMNO sekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat zaman Mahathir dahulu? UMNO lupakah pemimpin parti mana yang mengancam TGNA jika Kelantan laksanakan hukum Islam suatu ketika dahulu?


UMNO dan para pemimpinnya sememangnya adalah parti yang banyak bercakap dari membuat kerja-kerja yang berfaedah untuk rakyat bawahan. Banyak bercakap itu bermakna banyak membuat fitnah. Kalau betul seperti yang didakwa oleh Utusan Malaysia, tangkap sahaja mereka yang membuat cadangan itu segera bukan politikkan isu itu. Bukan bercakap banyak macam tolol di kaca TV dan pelbagai media saban hari.


Dalam kes ini, perangai UMNO serupa dalam kes video lucah yang konon membabit seorang yang mirip Anwar Ibrahim. UMNO sering bercakap tentang moral dan akhlak, UMNO sering memberitahu akan bertindak tegas tetapi sehingga ke hari ini masih belum menangkap dan menghukum Datuk T yang mengedar video lucah itu. Malah sebaliknya ada laporan mendapati UMNO menggunakan pegawai polis dan agensi kerajaan tertentu pula untuk menyuburkan fitnahnya di Kelantan.


Kini kerana tulisan di hanya dua blog yang entah ya entah tidak kristian katanya mahu dijadikan agama rasmi, UMNO riuh rendah sekampung untuk menunjukkan cakna sungguh dia pada Islam. Kalau benarlah berita itu, UMNO yang bertanggungjawab dan patut dipersalahkan kerana sikap UMNO terhadap Islam begitu buruk. Kalau tidak benar, maka UMNO dan agennya Utusan Malaysia jelas pemfitnah nombor satu 1Malaysia.


UMNO wajib ditolak dalam PRU ke 13 nanti, jika tidak Melayu dan Islam akan semakin lemah dan api perkauman menjadi ‘makanan’ hari-hari rakyat Malaysia! Sudah sampai masanya untuk kita semua bosan dengan UMNO.


3 comments:

Anonymous said...

kerana pas bersekongkol dgn dap lah yg menyebabkan perkara ini berani ditimbulkan, isu ini tidak timbul semasa pas belum bersekedudukan dgn dap.

Anonymous said...

Anon 2:34 bullshit. UMNO perangai macam Dajjal dia tak nampak. Penaja hedoism yang melampau, penyebar fitnah, menindas dan membunuh. Lebih penting penentang Islam sejati dan memusuhi Allah S.W.T.

Anonymous said...

Ini semua sebab Idris Jala dan PEMANDU.Semua harta MAS dijual,supaya MAS dapat untong sampai sekarang MAs rugi.Disebab pandai sangat kritain masok melalui
idris jala.