Followers

Sunday, May 08, 2011

Isu kristian agama rasmi: UMNO dan Utusan-nya menghina integriti Raja-raja Melayu

Ada totok UMNO tiba-tiba menyalahkan PAS konon kerana berkerjasama PAS dengan DAP-lah menyebabkan timbul isu apa yang dihebuhkan oleh Utusan iaitu Kristian akan menjadi agama rasmi. Aku nak kata dakwaan ini cerdik, tak nampak dimana cerdiknya. Sebaliknya nampak sangat kebodohannya. Seorang totok UMNO yang kelihatan gelabah dan hilang keyakinan dengan system yang dibentuk dan disanjung oleh UMNO sendiri selama 53 tahun.

Totok UMNO ini juga jelas buta untuk memahami sikap MCA kawan karib UMNO, yang lebih berbahaya apabila dengan jelas menolak Islam sebagai asas cara hidup dalam negara ini. Presiden MCA terang-terang menghina wanita Islam yang tidak bersalam dengan lelaki ajnabi dan menghina konsep negara Islam, tidak dibisingkan oleh totok UMNO ini. Sebaliknya Pas yang Berjaya menunjukkan dan memahamkan Islam yang sebenar kepada DAP, dipersalahkan atas isu ini.


Aku yakin jika betullah DAP mempunyai hasrat meletakkan kristian sebagai agama rasmi ianya tidak semudah itu akan berlaku, orang-orang PAS akan lebih ke hadapan mempertahankan Islam berbanding UMNO yang hanya tahu bertempik melolong macam orang meroyan! Namun demikian, aku tidak percaya itu hasrat DAP kerana DAP tidak akan sebodoh itu untuk gagal menduga reaksi umat Islam di negara ini dan tidak semudah itu untuk DAP menguasai dua pertiga majoriti dan menguasai Raja-raja Melayu melainkan ini semua adalah fitnah jahat UMNO/BN yang kelihatan terus cemas dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.


Dakwaan UMNO melalui Utusan itu bukan sahaja tidak masuk akal malah boleh dianggap menghina kuasa Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam. Bukankah negara ini mempunyai 9 orang raja yang menjadi Ketua Agama Islam? Dah lebih kukuh dari kuat untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara!


Katakan kalau DAP mahu sungguh jadikan kristian agama rasmi, habis mereka nak campak ke mana raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam dan Ketua Negara dan negeri-negeri! Alangkan DAP (jika bercadang) mahu lantik Menteri Besar Cina bukan Islam di Perak sewaktu Pakatan Rakyat menang dulu pun tak boleh, inikan pula nak jadikan Kristian agama rasmi!? Raja-raja Melayu, orang-orang Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak sedayus, sebodoh dan sebangang yang UMNO sangkakan apabila Islam dipermainkan.


Nampak sangat UMNO dan Utusan sekali lagi menghina kuasa Raja-raja Melayu demi memastikan survival UMNO sendiri. Tindakan UMNO dan Utusan ini satu bentuk penderhakaan kepada kuasa mutlak Raja-raja Melayu dalam memastikan agama Islam, agama sebagai rasmi negara, dengan cuba menghasut orang-orang Melayu agar tidak berkeyakinan kepada Raja-raja Melayu! Dan hanya totok UMNO yang bodoh dan tidak yakin kepada kuasa sendiri yang ada sahaja, yang percayakan fitnah UMNO dan Utusannya itu.


Sebaliknya PAS berada di atas landasan yang betul untuk memartabatkan Islam sebagai asas dan cara hidup umat Islam di Malaysia.


4 comments:

Anonymous said...

Pas yang Berjaya menunjukkan dan memahamkan Islam yang sebenar kepada DAP.. ini lawak bodoh dari garam lada..

lagi satu bodoh garam lada aku nk tanya.. dah tgk belum muka depan utusan tu..

kau belajar simbol (?) xmasa sekolah dulu.. ke masa sekolah kau tidur.. main lebih.. bila dah bodoh jd orang PR...

tapi statement yg kt atas mmg nmpk lawak bodoh kau r.. Pasal azan subuh pun DAP boleh bising.. kau ckp pas berjaya memahamkan islam kepada DAP.. Bodoh punya garamlada.. jilat bontot anwar bnyk2..

Anonymous said...

Tentu Raja Raja Melayu tak biarkan perkara sebegini berlaku. PKR dan PAS kena jaga juga perkara ini.

garamlada said...

PAS memang sentiasa menjaga Islam malah perjuangan PAS adalah berasaskan Islam, tidak seperti UMNO yang berjuang atas dasar sekular dan perut! Kalau berkerjasama dengan DAP dikatakan tidak menjaga Islam bagaimana pula kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC yang terus mengabaikan dan terbukti mengabaikan Islam? Jika tidak cerdik lebih baik tak payah mengulas, kalai mengulas jugak memang nampak macam katak dibawah tempurung...bodoh !

Anonymous said...

PAS,UMNO,DAP,PKR,MCA.....dan mcm2 lgla...same je...

korangla bodoh!!!
jgn duk taksub sgt!!!