Followers

Wednesday, May 25, 2011

Felda sakit atau Felda pandir: Berniaga sawit masih meminjam duit!

Kalau orang kata meniaga macam Pak Pandir pasti Felda marah. Yang lebih-lebih marah ialah UMNO dan para pemimpinnya. Apa tak pak pandirnya, orang membuka ladang dan meniaga berkaitan kepala sawit sekarang boleh buat duit, untung, Felda yang ladang kelapa sawit penuh Malaysia, meminjam lagi duit dari KWSP!


Biasanya orang meminjam ini ialah orang tidak ada duit atau tak cukup duit. Dalam konteks Felda, adalah tidak munasabah tidak ada duit atau tak cukup duit.


Habis tu kenapa Felda meminjam lagi dari KWSP (duit rakyat)? Aku agak, pasti ada polong yang tak cukup-cukup duit hingga Felda tak tersuap dengan duit tabung sendiri! Tabung dah kotai! Maka terpaksalah Felda meminjam. Atau mungkin betul kata bekas timbalan menteri yang pernah jaga Felda dulu, felda dah pokai?


Inilah dia kalau diberi labu kepada tikus atau labu dapat kepada tikus. Semua dapat kepada dia, jahanam atau bankrap!


Untuk apa Felda pinjam RM6b dari KWSP

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, Anak menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.



"Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?



"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan keseluruhannya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.



Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa Felda sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada Felda diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.



Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.



"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.



"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.



Ahmad dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.



RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda.



Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.


Sumber: Harakahdaily

No comments: