Followers

Thursday, May 05, 2011

Dr Juanda mufti Perlis dengan misi penyatuan UMNO-PAS nya!

Mufti Perlis, Dr Juanda tiba-tiba resah lantas menghamburkan pandangan bahawa penyatuan kedua-dua parti iaitu UMNO dan PAS adalah wajib demi kekuatan Islam. Katanya penyatuan itu adalah berdasarkan tuntutan Al-Quran.

Entah kenapa keresahan itu ditimbulkan oleh Dr Juanda. Namun tiada keterangan mendalam dari Dr Juanda bagaimana penyatuan itu sepatutnya.


Apakah penyatuan yang dimaksudkan oleh Dr Juanda itu ialah UMNO bubar dan semua pemimpin dan ahli UMNO diserap sebagai ahli PAS tanpa mengubah dasar perjuangan PAS? Kalau itulah cadangannya, sudah lama para pemimpin PAS mencadangkan hal itu. Malah baru-baru ini Presiden PAS sendiri menggesa UMNO masuk PAS. Ianya bukan perkara baru dan Dr Juanda bukan orang pertama yang memberi cadangan bermaksud demikian. Masalahnya, apakah UMNO sanggup bersatu dengan cara yang sepatutnya ini?


Apakah maksud penyatuan itu pula bermakna UMNO bubar dan semuanya masuk PAS dengan PAS mengubah dasar perjuangan Islamnya? Sebagai mufti yang menjaga urusan Agama Islam, apakah munasabah mencadangkan agar PAS mengubah dasar perjuangan Islamnya kepada yang lebih bukan Islam? Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan Mufti ini kerana apa salahnya dasar perjuangan PAS mengikut hukum Islam ?


Apakah maksud penyatuan Dr Juanda itu ialah bubar PAS dan semua para pemimpin dan ahli PAS masuk UMNO dengan UMNO mengubah dasar perjuangannya yang secular itu kepada dasar Islam yang berasaskan Al-Quran dan Hadith? Rasanya mengenai hal yang seumpama ini Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pernah berkata lebih kurangnya begini, jika hari ini UMNO mengubah dasar perjuangan dan berjuang berlandas hukum Islam ia itu Al-Quran dan Hadith, esoknya PAS akan dibubarkan!


Soalnya apakah Dr Juanda nampak pemimpin UMNO yang mana satu agaknya yang akan membawa perjuangan Islam yang berlandaskan Al_Quran dan Hadith seperti perjuangan PAS sekarang? Najib? Alahai! Bini tidak menutup aurat dan berlebih-lebih mengaku FLOM, bermewah-mewah berbelanja malah kini mendapat biaya ke luar negara lagi, entah menggunakan wang rakyat tak tahu! Kes Althantuya tidak telus penyelesaiaannya! Fitnah digalakkan! Menuduh zina hanya dengan sumpah laknat!


Agaknya kepada Dr Juanda, kerana itu semualah maka Najib layak untuk menjadi pemimpin Islam seumpama Umar Al Aziz? Huhuhu!!!


Apakah maksud penyatuan Dr Juanda itu ialah bubar PAS dan semua pemimpin dan ahli PAS masuk UMNO dengan UMNO tetap dengan perjuangan pragmatic opportunism, cronyism, machiavellianisme dan sekularismnya? Jika ini maksud penyatuannya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan fikrah politik dan keresahan Dr Juanda seorang mufti itu! Menggunakan bahasa ‘kasarnya’ ialah PAS tidak akan masuk ke dalam tong taik untuk tolong bersihkan tong taik itu! Taik busuk!


Apakah maksud penyatuan Dr Juanda ialah PAS biar tetap PAS, UMNO biar tetap UMNO tetapi PAS perlu menganggotai Barisan Nasional. Di sinilah sebenarnya pengalaman PAS lebih banyak dari UMNO. PAS pernah berada dalam BN satu waktu dulu dan PAS tidak pernah berhasrat mahu keluar BN tetapi realitinya hari ini PAS berada di luar BN. Dr Juanda patut tahu, mengapa jadi begitu? Tidak salah jika PAS beranggapan berdasarkan pengalaman dirinya yang lalu bahawa, rupanya PAS hanya diperlukan UMNO tatkala dia sedang sakit tenat. Namun bila UMNO telah pun sihat, PAS akan ditendang terajang sesuka hati! Apakah jaminan Dr Juanda bahawa PAS tidak akan diperlakukan lagi seperti dahulu jika dalam rupa dan wajah UMNO yang ada pada hari ini? Inilah antara yang TGNA tidak mahu berlaku lagi kepada PAS. Cukuplah sekali ditendang sehingga ‘terselit dicelah tong gas!’.


Atau apakah maksud penyatuan Dr Juanda adalah PAS tetap PAS, UMNO tetap UMNO dan UMNO memohon menyertai Pakatan Rakyat. Walaupun impian ini bagaikan menunggu kucing bertanduk atau ayam jantan bertelur namun ianya satu hasrat penyatuan yang baik yang belum pernah dicuba. Apa salah dicuba sekali yang mungkin mampu menyatukan sungguh-sungguh. Rasanya Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TGHA pasti gembira dengan perkembangan ini.


Namun demikian siapakah yang mahu memulakan innisiatif merasionalkan UMNO untuk menyertai PR ini? Rasanya orang yang layak ialah DR Juanda sendiri! Demi Islam, esok elok Dr Juanda ke Putrajaya membawa misi penyatuan ini. Silakan Dr Mufti!


No comments: