Followers

Tuesday, May 03, 2011

Dalam melayan angau UMNO, moga PAS tidak tertinggal kerja utama

Disebalik gesaan UMNO yang angau agar PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dengan alasan DAP tidak menyokong perjuangan Islam PAS, seluruh kepimpinan PAS tidak seharusnya melayan segala keangauan UMNO itu. Tugas yang lebih penting untuk PAS perbincangankan secara mendesak dalam mana-mana peringkat mesyuarat dan forumnya, adalah bagaimanakah PAS boleh memenangi pilihanraya di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Sehingga ke hari ini keupayaan PAS untuk memenangi kawasan majoriti Melayu masih lagi tidak meyakinkan rakyat yang mahukan perubahan pemerintahan negara. Kepimpinan PAS kelihatan masih belum melakukan yang utama untuk menang di kawasan-kawasan ini sedangkan DAP telah merangka secara nyata pelan 5 tahun untuk menawan Sarawak.


Dibimbangi tanpa satu pelan dan perancangan yang rapi dan lengkap, PAS akan terus menjadi parti yang menduduki tempat yang ketiga dalam Pakatan Rakyat sedangkan PAS sepatutnya menjadi parti nombor satu jika berhasrat mengganti UMNO.


Di kawasan-kawasan UMNO majoriti Melayu kebanyakan para pemimpin PAS hanya turun ke majlis-majlis ceramah pada sebelah malam dan tidak berada dalam masyarakat yang mahu mengenali para pemimpin PAS secara dekat! Orang-orang Melayu di kawasan-kawasan ini boleh diyakini untuk memberi sokongan kepada PAS jika mereka mesra dan mengkagumi jiwa rakyat para pemimpin PAS.


Isunya mereka tidak kenal dan tidak melihat para pemimpin PAS secara dekat untuk berkenan dan mengkagumi sikap jiwa rakyat para pemimpin besar PAS Ingat orang Melayu antara yang paling malas membaca, mereka tidak akan mengenali para pemimpin besar PAS melalui pembacaan!


No comments: