Followers

Friday, May 27, 2011

Bila 2 ekor badut 'berperang'.....

Peperangan memang menggerunkan. Semua orang tidak mahu berlakunya peperangan. Mendengar akan peperangan semua orang rasa cemas, takut dan menggigil. Tapi apa yang berlaku di 1Malaysia apabila dua ekor badut ’berperang’ semua orang gelak, semua orang tak ntakut pun, tak gerunpun, malah ada yang geli hati terguling-guling agaknya!

Perangan badut bukan sahaja nampak kelakar malah memang kelakarpun! Satu badut botak, satu badut bulat! Dua-dua tetap badut! Dua memang badut! Badut yang cuba menggembirakan ketua badut! Soalnya gembirakah dan gelihatikah ketua badut itu? Nampak macam masam saja mukanya....!


Siapa yang sebenarnya badut?


Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya? Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.


“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat. “Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM. “Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.


Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif. “Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya... jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya,” kata Nazri. Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka. “Ianya nama 'hero pengecut bukan jaguh pecut,” perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.


Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.


“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya.


No comments: