Followers

Wednesday, May 11, 2011

Ahmad Maslan mendedahkan Umno bapak konspirator!

Dalam satu forum puak-puak UMNO semalam, Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO telah mendedahkan bahawa UMNO adalah konspirator di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim dalam kes Liwat 1 dahulu. Kata Ahmad Maslan, ” Umno adalah ”dua kali bodoh” jika menggunakan kaedah yang sama mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihanraya umum 1999.”

Apakah maknanya kata-kata Ahmad Maslan itu?


Maknanya, memang sungguh para pemimpin Umno bapak konspirator apabila beliau berkata Umno adalah dua kali bodoh jika menggunakan kaedah yang sama mengaibkan Anwar Ibrahim sekali lagi....


Sah...mereka terlibat dalam kes liwat 1.


Namun kali ini dalam kes video seks itu pula, Ahmad Maslan sebaliknya berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri, sedangkan Utusan Malaysia telah menyiarkan berita dan gambar-gambar lucah dari video seks itu beberapa hari untuk ditatap oleh pelbagai lapisan rakyat dalam kalangan orang dewasa termasuk kanak-kanak.


Isu rakaman video seks satu cerita, isu penyebaran video seks yang begitu terancang dalam you tube dan dalam Utusan Malaysia satu cerita pula.


Maka itu, betulkan Najib dan Umno tidak terlibat? Boleh percayakah?


Bagamana dengan pendedahan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang baru dipecat dari Utusan Malaysia, Mohamad Hatta Wahiri, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.


Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.


Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannnya, Naib-naib presiden Umno bersama Setiausaha dan Ketua Penerangan UMNO. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui Pejabat Perdana Menteri.


"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN."


Hah....apakah Najib dan Umno tidak terlibat?


Berdasarkan kenyataan Hata itu, sebagai Ketua Biro Politik Umno bersama AJKnya yang menentukan isu-isu utama untuk dipaparkan oleh Utusan Malaysia maka sukar untuk dipercayai segala isu mengaibkan Anwar Ibrahim dan isu-isu sensitif yang lain tidak membabitkan Najib dan Umno/BN. Atau memang sungguh mereka tidak terlibat cuma hanya beberpa ekor pandi kutty?


Nampaknya para konspirator untuk ’memadamkan’ Anwar Ibrahim dan meruntuhkan Pakatan Rakyat semakin hari semakin jelas dan seperti yang dijangka!


1 comment:

Anonymous said...

Ahmad Mazlan manusia talam dua muka.Padahal dia adalah antara beberapa pemimpin umno yang membarisi Biro Politik umno yang memberi arahan secara terus kepada akbar utusan.
Ini bermakna apa yang keluar di dalam akbar itu adalah ATAS ARAHAN MEREKA TERMASUK AHMAD MASLAN CILANAT