Followers

Wednesday, April 06, 2011

Walaupun alim ulamak telah memberi nasihat, nampaknya fitnah jahat dan lucah yang mengaibkan itu akan terus disebar-suburkan!

Menteri penjaga parlimen yang bengong terus mengeluarkan hujah-hujah bodoh. Kalau sebelum ini orang rasa dan agak dia macam bodoh, dengan kenyataannya kali ini telah mengesahkan dia bodoh sungguh. Itulah mamat Nazri Ajis!

Dia kata Wan Azizah tidak cekap untuk mengenali Anwar Ibrahim dalam video itu. Sebagai isteri Anwar, Wan Azizah tidak cekap! Habis? Siapa yang cekapnya? Rahim Tamby Chik and the gang atau satu lagi Suruhanjaya Penipu Rakyat? Alahai Nazri!!!


Inilah yang aku kata Nazri bengong! Wan Azizah kata itu bukan Anwar, Nazri kata tak cekap. Rahim Tambi Kecik kata itu Anwar, cekap! Heh…bolehkah diharapkan menteri yang macam ini?


Dialah menteri yang ‘mengesahkan’ Rosmah itu FLOM dalam semua rakyat menolak hal itu. Dan dia juga yang kata menonton video lucah tidak salah walau ianya jelas salah dari segi undang-undang. Nazri Aziz ambil rujukan daripada mana agaknya?


Di sini sudah nampak perangai Nazri dan sikap agamanya.. Sepatutnya sebagai menteri Islam cakaplah menonton video lucah itu haram. Pandikar Amin Mulia pun pandai kata menonton video lucah haram seba itu dia tak benarkan tonton di parlimen!


Sekarang Nazri membelakangkan pula nasihat dan teguran alim ulama yang mengatakan penayangan dan pendedahan video lucah oleh Datuk Tolol itu salah dan mengaibkan orang dan adalah fitnah berat yang jahat yang mesti dihentikan segera. Sekali lagi Nazri menjadi menteri gedebe dengan memekakkan telinga akan nasihat Harussani, para mufti dan ulamak-ulamak lain. Jadi Nazri Aziz ini hendak dengar nasihat agama dari siapa agaknya? Pandangan ulamak dan mufti semua dia tak kisahkan! Atau pandangan agama tidak perlu lagi baginya dan kerajaan UMNO/BN kerana Nazri dan kerajaan UMNO/BN akan teus menongkat langit? Astaghafirullah...!


Nampaknya tanda-tanda bahawa fitnah jahat ini dihentikan tiada, malah akan terus disebar-suburkan di bumi Malaysia ini selagi UMNO terus menagih kuasa untuk terus menongkat langit, walaupun mengikut hukum Islam adalah haram dan pemfitnah boleh disebat 80 kali sebatan? Apa sudah jadi dengan kerajaan dan kabinet Malaysia hari ini?


1 comment:

Anonymous said...

dlm akhbar najib x mahu memberi komen ttg isu video sex ni.. tp suruh rakyat nilai sendiri setelah melihatnya.. kenyataan yg amat berat sebelah...! ape nih? sedangkan kes masih dlm siasatan kalau kes2 lain yg melibatkan umno rakyat x dibenarkan membuat penilaina awal kerana mahkamah belum putuskan....