Followers

Friday, April 01, 2011

Video itu tulen kata KPN: Dah tu?

Tiba-tiba terpacul ketulenan video itu dari mulut KPN. Dengan menggunakan khidmat pakar, begitu cepat penyiasatan mengesahkan bahawa video lucah itu tulen. Isunya apakah ketulenan video itu menjadi isu pokok menyelesaikan kecelaruan yang berbangkit?

Polis begitu cekap menjumpai pembunuh jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Susilawari walaupun dibakar rentung dan dibuang ke sungai, susah benarkah polis mahu mengenal pasti orang yang masih hidup sebagai pelakon video lucah tersebut?


Sejak dari zaman Mahathir, kerja-kerja polis begitu sukar diduga. Ada yang mudah diselesaikan dan ada yang macam dibuat-buat payah. Kepayahan itu ada ketikanya kerana kompleksiti kes tetapi ada ketikanya dilihat macam kompleksitinya dibuat-buat!


Contohnya kompleks sangatkah mahu menangkap Datuk T yang melanggar undang-undang menayang video seks lucah yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim? Penayang-penyayang video seks itu terang-terang sudah mengaku. Tempat tayangan telah diketahui. Saksi-saksi terdiri daripada ahli-ahli politik dan para wartawan yang begitu ramai! Kompleks lagikah atau sebab apa sebenarnya?


PDRM dan menteri mungkin marah sekiranya rakyat yang cerdik mendakwa bahawa sikap PDRM yang tidak bertindak terhadap penayang video itu bagaikan cuba melindungi seseorang dan sesuatu, tapi itulah seolah-olah hakikatnya! PDRM dan menteri mungkin marah jika rakyat mengandaikan malah mungkin mengesakki PDRM bagaikan turut terbabit secara terus dalam kerja-kerja pembunuhan karektor Anwar Ibrahim, tetapi itulah seolah-olah gambaran yang difahami rakyat yang cerdik dan mampu berfikir!


Kenapa andaian begitu? Kerana tiba-tiba keluar pengesahan video itu tulen! Dah kalau dah tulen kenapanya? Apakah kenyataan itu sudah menyelesaikan masalah yang dihebuh-hebuhkan sekarang?


Kenyataan itu sebenarnya mengelirukan, kerana ia masih belum menyelesaikan isu utama apakah pelakon video lucah itu sama orangnya dengan orang yang dihebuh-hebuhkan atau jika bukan Anwar Ibrahim ia belum menghilangkan keaiban Anwar Ibrahim sekeluarga mahu pun berketurunan!


Tidak dapat dinafikan, PDRM banyak memberi sumbangan kepada keselamatan negara namun demikian, janganlah dalam hal-hal tertentu rela menjadi hamba abdi kepada mereka yang telah hilang moral dan integriti! Cukuplah....tampillah dengan keadilan dan integriti yang dapat dirasai dan dilihat oleh rakyat.



No comments: