Followers

Sunday, April 24, 2011

UMNO sedang 'senak perut' dan hampir terkincit!

“1Melayu, 1Bumi” pula dah! Slogan 1Malaysia Najib Rosmah kian comot dan hodoh dengan pelbagai keresahan daripada para pahlawan cangkul dan NGO UMNO. Tidak pasal-pasal mereka menjadi resah melihat sokongan orang-orang Cina kepada DAP khususnya dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Keresahan itu mengakibatkan beberapa pahlawan cangkul dan NGO UMNO bagaikan isim jadinya, bimbang kononnya kuasa orang-orang Melayu akan lemah kerana apa yang dikatakan oleh mereka sebagai komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad!

Begitulah perangai para pahlawan cangkul dan NGO UMNO. Apa-apa yang dirasakan bakal berlaku kepada bangsa Melayu, mereka sering mahu menyalahkan orang lain. Inilah hakikatnya yang diajar oleh UMNO kepada para pahlawan cangkulnya dan NGO mereka.


Walaupun mereka telah memerintah selama lebih 53 tahun dan dikatakan berkuasa dalam pemerintahan negara, mereka nampaknya kian cemas bagaikan murai tercabut ekor! Mereka hanya tahu menyalak dan menyalahkan orang lain apabila dirasakan kuasa politik UMNO kian sampai ke paras hidung.


Sedangkan selama memerintah, UMNO berkuasa melakukan yang terbaik untuk bangsa dan komuniti Melayu tetapi mereka tidak berbuat demikian. UMNO bermula sejak awal zaman pemerintahan Mahathir, (zaman UMNO lama lebih baik untuk orang Melayu) telah melepas peluang membuat yang terbaik untuk orang-orang Melayu melainkan melakukan yang sekadarnya sahaja untuk komuniti itu. Yang UMNO tahu dan bersibuk sepanjang masa pemerintahannya hanya berpolitik murahan dan perkauman untuk mampu mengekalkan terus kuasa politik gelojoh mereka.


UMNO dan pahlawan cangkul serta NGO-nya sepatutnya malu untuk merasa resah kerana kononnya orang-orang Cina mahukan kuasa politik muktamad! Jikalah betul dakwaan itu, mereka patut tanya diri sendiri, pemerintahan siapakah yang selama 53 tahun ini yang membuka jalan untuk itu?


Sudah tahu politik orang-orang Melayu perlu terus berkuasa di negara ini, kenapa:

1. Minda orang-orang Melayu terus dijajah oleh UMNO mengikut kepentingan politik muarahan UMNO?

2. Minda orang-orang Melayu terus diperbodohkan sehingga apabila orang-orang melayu mahu menjadi cerdik sedikit dan kritis dalam politik akan terus dicop sebagai orang yang tidak bersyukur kepada UMNO?

3. Orang-orang kaya UMNO sendiri banyak yang mengayakan saudagar-saudagar Cina dari berusaha gigih mengayakan anak-anak dan komuniti Melayu?

4. Tanah-tanah orang Melayu banyak dijual kepada saudagar-saudagar Cina kerana kemiskinan orang-orang Melayu. 53 tahun telah diperintah di bawah UMNO yang konon sayangkan kuasa Melayu, orang-orang Melayulah yang paling ramai miskin, bodoh berpolitik, menganggur dan bangkrap! Tak kan ini pun UMNO tak sedar kerana inilah antara penyebab kelemahan politik komuniti Melayu.

5. RM 52 billion saham bumiputera hilang lesap entah ke mana di bawah pemerintahan parti Melayu?

6. Pemerintahan UMNO menjadi korup, tidak amanah, tidak telus, mengawal membabi-buta penyebaran Islam di masjid-masjid, pemutar belit maklumat, tiada integriti dan pembazir boleh dikatakan cukup memalukan imej Melayu yang baik dan beragama.

Sebenarnya banyak lagi kalau hendak diungkitkan tentang UMNO ini. Oleh yang demikian tak payahlah UMNO dan pahlawan cangkul mereka berpura-pura bimbang komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad, kerana UMNO lah yang sebenarnya membuka jalan untuk itu dengan melemahkan sendiri kuasa politik komuniti Melayu demi survival UMNO dan para kroninya bukan demi survival bangsa Melayu dan komunitinya!


Realitinya bukan politik komuniti Cina semakin kukuh ke arah politik muktamad mereka TETAPI politik orang Melayu-lah yang semakin hari semakin lemah kerana ianya DILEMAHKAN oleh UMNO dan para pemimpinnya yang tidak cerdik lagi tidak bersemangat Melayu walaupun telah memerintah selama 53 tahun! Kalau hendak bercakap tentang semangat Melayulah...!!


Jelas kini UMNO dan pahlawan cangkul mereka 'senak perut' dan hampir terkincit!


2 comments:

Anonymous said...

Kekalahan SUPP di Sarawak dlm pilihanraya ini bukan kerana pengundi cina, sebenarnya kerana hantu dari UMNO dan kaki dlm PBB itu sendiri yang menyakitkan hati rakyat kaum cina. Fikirkan dibagi 3 helai kertas undi fikirkan orang BN, mereka benci dlm penipuan cara SPR bekerjasama dgn BN.Lalu ke3 kertas undi dipangkahX -DAP.

Anonymous said...

UMNO MEMANG TIDAK PERNAH MEMPEDULIKAN MELAYU.