Followers

Wednesday, April 27, 2011

UMNO sedang mencuba 'ubat kuat' keluaran baru !

Nampaknya gagasan “1 Melayu 1 Bumi” akan menjadi asas perjuangan baru UMNO Baru. Walaupun Najib PM menguar-uarkan kejayaan dan kehebatan 1Malaysia namun panglima-panglima Najib seperti Zahid Hamidi terus memberi isyarat bahawa kepimpinan bosnya sangat menyetujui gagasan baru itu. Najib Rosmah terpaksa menggambarkan gagasan baru itu sebagai pandangan peribadi demi untuk menjaga hati kaum lain yang bukan Melayu. Namun jauh di sudut hati kepimpinan Najib, UMNO Baru akan mencanang terus ubat kuat baru ‘1 Melayu 1 Bumi’ demi mendapat tenaga baru yang kian mencemaskan kini.

UMNO mahu mengharapkan undi kaum Cina dalam menentukan hidup mati UMNO/BN mungkin telah menjadi satu harapan yang telah semakin kurang relevan dalam keadaan politik hari ini. Oleh yang demikian, demi mengekalkan kuasa politik UMNo yang kian lemah, UMNo telah mengambil langkah tidak terlalu mengharapkan kaum Cina. Justru kaum Melayu dengan gaya pemikiran politiknya hari ini harus menjadi simpanan tetap buat UMNO dalam kedaan PAS masih terlalu jauh ke belakang dari menguasai undi majoriti kaum Melayu. Bagi UMNO, PAS tak akan ke mana jika orang-orang Melayu terus tidak suka atau membenci PAS.


Jika UMNO gagal menguasai kaum Melayu, nyawa UMNO kian cepat sampai ke penghujung. Semangat dan emosi perkauman Melayu akan menjadi modal buat UMNo meneruskan hidup mati mereka. Maka langkah awal sebelum terlambat ialah naikkan semangat perkauman orang-orang Melayu untuk terus bersama UMNO. Mungkin UMNO akan mengambil tindakan yang lebih drastic dengan mewujudkan persempadan pilihanraya baru dengan membuka lebih banyak kawasan-kawasan majority Melayu di negeri-negeri yang dianggap kubu kuat mereka. Jika tidak buat begini UMNO yakin mereka akan kojol lebih cepat lagi.


Isunya, apakah persempadanan semula jika berlaku akan benar-benar meyelamatkan UMNO dari kecundang dari tampuk kekuasaan mereka? Bagaimana jika sekiranya proses persempadanan semula kawasan pilihanraya akan menjadi perangkap yang akan memerangkap UMNO agar lebih cepat tersungkur daripada yang disangkakan?


UMNO benar-benar tidak menentu kini dan PAS pula harus lebih cepat untuk menguasai sokongan majority Melayu dalam keadaan UMNO hari. Jika PAS lambat bertindak, PAS akan terus kalah lagi, kerana pemikiran politik majority kaum Melayu di kawasan luar bandar terutamanya agak terkebelakang dan mundur. Mereka akan mudah termakan dengan kononnya khasiat 'ubat kuat' baru UMNO Baru berjenama ‘1Melayu 1Bumi’ yang kononnya boleh mengeraskan UMNO Baru semula. Bagaimana pula jika ubat kuat baru itu terus melembekkan UMNO Baru?


No comments: