Followers

Monday, April 04, 2011

Seluruh rakyat harus berubah untuk tinggalkan UMNO/BN yang sudah lapok dan buruk!

Seluruh rakyat Malaysia harus melupakan isu Datuk T dengan video lucahnya. Semua fitnah yang jahat yang tidak islamik sebagai helah politik tahap tinggi untuk mengalih perhatian rakyat dari isu yang sebenar yang membelit rakyat kini.

Isu video lucah itu kita tidak mahu tahu video itu tulin atau tidak. Itu ukan isunya! Cuma kita mahu tahu siapakah pelakon lucah yang sebenarnya dalam video itu. Video itu tulen tidak mengesahkan pelakon lucah itu orang yang dituduh! Jangan jadi syaitan untuk mengatakan bahawa ketulinan video itu sebagai membuktikan bahawa pelakonnya adaah orang yang dituduh oleh Datuk T yang tidak Islamik itu.


Rakyat Malaysia harus fokus kepada isu rakyat yang sebenar, Jika kita lupa isu ini kehidupan kita akan terus terjerat dalam kancah kesusahan dan perhambaan zaman moden.


Harga petrol Ron 97 akan terus melambung naik di masa akan datang kerana tiada jaminan dari pihak kerajaan UMNO/BN yang harganya akan turun. Dan baru-baru ini Menteri yang menjaga hal ehwal pengguna mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga Ron 95 buat masa sekarang yang bagi aku ini bermakna Ron 95 pun akan naik juga lambat launnya bila diumumkan tidak ada kenaikan buat masa sekarang. Tidakkah ini akan terus menyusahkan kehidupan kita apabila kerana kenaikan harga minyak, harga barangan lain juga akan melambung naik.


Alangkah tidak cerdiknya kita untuk tidak memikirkan akan tawaran Pakatan Rakyat jika menang dalam PRU ke 13 untuk menurunkan harga minyak. Kenapa kita rakyat jelata lebih sayangkan UMNo yang tidak mahu meringankan beban kehidupan kita sedangkan ada pihak lain yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk kita, kita pekakkan telinga untuk tidak mahu memikirkannya dan penuh prasangka? Apakah maknanya itu? Maknanya politik kita adalah politik bodoh dn terus-terusan bangang, kita yang menjaga ’periuk nasi’ para pemimpin UMNO/BN yang kaya-raya, sedangkan ’periuk nasi’ kita selalu tidak berkecukupan.


Itulah isu kita yang sebenarnya bukan isu video lucah dan Datuk T yang sungguh hina itu. Betul atau tidak betulnya isu video lucah itu, kita tetap bodoh jika kita menolak tawaran berharga dari Pakatan Rakyat yang telah membuktkan kecemerlangan memerintah Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.


Isu kedua yang perlu difikirkan oleh rakyat terutamanya oleh orang-orang Melayu bahawa orang-orang Melayu masih ramai yang miskin walaupun UMNO/BN telah memerintah selama 53 tahun. Bukti kemiskinan orang Melayu bukan perlu dilihat kepada gaji atau pendapatan mereka tetapi lihat berapa banyak simpanan wang yang mereka miliki. Kini ada sahaja orang melayu yang menjual tanah mereka kepada bangsa lain kerana mahukan wang untuk menanggung pelajaran anak-anak, perkahwinan, pergi menunaikan fardhu haji, terlelong kepada bank kerana gagal membayar pinjaman dan berbagai lagi. Anak-anak orang Melayulah yang paling ramai menjadi penghutang sebaik tamat belajar. Adakah ini satu kesenangan kepada mereka untuk membina kehidupan? Ramai anak-anak muda terutama anak-anak melayu yang mahu berkahwin terpaksa membuat pinjaman dari institusi kewangan.


Nampaknya 53 tahun UMNO/BN memerintah tidak membantu orang-orang Melayu mempunyai tabungan wang yang besar untuk mereka berdikari. Apakah orang-orang Melayu akan terus redha untuk terus begini?


Malang sungguh dalam keadaan terdapat tawaran kehidupan yang lebih baik untuk kita, dengan tidak cerdiknya kita menolak bulat-bulat tawaran itu kerana sikap sentimental yang tidak perlu, keterlaluan kepada UMNO kononnya parti Melayu pembela Melayu! Sebaliknya, kerana kebodohan kita, kita terus-terusan dipaparkan dengan dengan isu-isu mengarut lagi menjijikkan seperti video lucah fitnah, kes liwat menjijikkan yang memperihalkan tentang lubang dubur syaifool dan berbagai lagi! Patutlah kita menjadi terlalu benak dan ’gelap hati’ kerana minda kita dikotorkan dengan cerita maksiat yang tidak senonoh oleh kerajaan UMNO/BN!


Kerana sayangkan UMNO yang memerintah kita lebih rela mendengar dendangan cerita lucah yang tidak memberi ilmu, kita lebih rela membayar saman ekor yang tidak mengikut undang-undang walaupun dalam kesempitan wang, kita lebih rela menggunakan minyak yang dikatakan orang minyak betaraf minyak mesin rumput untuk kenderaan kita, kita lebih rela membayar lebih untuk barangan keperluan dapur dan makanan kita, kita lebih rela anak-anak kita membayar PTPTN dari mendapat biasiswa seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kita lebih rela membodohkan diri kita debngan hanya menonton TV propaganda UMNO, membaca Utusan Meloya dan Berita Hairan daripada memperluaskan bacaan kita kepada Harakah, Siasah, Keadilan, roket, media maya dan sebagainya! Apakah maksudnya itu kita ini?


Isu kita yang terbesar yang mampu merosakkan tamadun bangsa kita adalah soal integriti. Bagaimanakah kerajaan yang tiada integriti dan amanah mampu menjamin kesejahteraan rakyat secara adil? Banyak kes rasuah para pemimpin yang dilaporkan kepada SPRM diperamkan sebaliknya rasuah ikan bilis yang dipaparkan menandakan kononnya tindakan sebuah kerajaan yang berintegriti. Bagaimana dengan kes komisyen pembelian kapal selam, kes kehilangan enjin jet, kes lesapnya 52 bilion saham bumiputera, kes-kes ikan jerung yang masih tersimpan dalam tangan pihak bertanggungjawab dan sebagainya lagi? Masih belum ada apa-apa tindakan melainkan terus tersimpan entah di mana!


Prinsip amanah, kebertanggungjawaban dan integriti yang luntur dalam sebuah kerajaan memerintah tidak akan dapat menyerlahkan keadilan buat rakyat. Apakah kerajaan yang seumpama itu masih kita mahu biarkan untuk menongkat langit ? Fikir-fikirkanlah....


No comments: