Followers

Friday, April 01, 2011

Sayangilah UMNO untuk terus menjadi bebal

Kerana sayangnya sebahagian besar orang Melayu kepada UMNO maka dengan tidak teragak-agak, dengan tiada rasa bimbang kerajaan UMNO terus dengan manggaknya menaikkan harga minyak Ron 97 sehingga mencecah tahap paling tinggi dalam sejarah negara iatu RM2.80 per liter. Tanpa sokongan padu orang-orang Melayu yang masih bangang untuk memahami kelicikan UMNO, kerajaan UMNO tidak akan berani untuk bertindak selicik itu.


Orang-orang Melayu yang mengundi UMNO tersebut terus dibangangkan dengan alasan Ron 97 kononnya tidak ada kena mengena dengan minyak untuk rakyat iaitu Ron 95. Menteri akan memberitahu, kehidupan seharian rakyat menggunakan Ron 95, oleh yang demikian rakyat tidak perlu khuatir kenaikan Ron 97 mempengaruhi kehidupan rakyat. Beginilah cara dan begitu senang UMNO memperbodohkan pengundi-pengundinya yang bagaikan katak di bawah tempurung itu.


Soalnya, sebahagian besar pengundi- pengundi UMNO yang sering diperbodohkan ini masih sukar untuk memahami bahawa apabila ada kenaikan harga minyak tak kiralah Ron 95 atau Ron 97 juga diesel, maka kenaikan harga minyak ini menjadi kesempatan terbaik buat golongan kapitalis mengaut keuntungan melampau melalui harga barangan keperluan rakyat yang boleh menyusahkan rakyat keseluruhannya. Dalam keadaan kerajaan UMNO tidak mampu untuk mengawal kenaikan harga barang, harga minyak terus dizinkan naik!


Jika kerajaan UMNO jujur terhadap rakyat dengan mengatakan kenaikan Ron 97 tidak akan menjelas harga barangan keperluan kehidupan rakyat, kerajaan UMNO yang auta ini dicabar untuk turunkan harga barangan keperluan segera! Mengharapkan ini dilakukan oleh kerajaan UMNO, bagaikan mengharapkan kucing bertanduk!


Isu kedua, Nampak jelas di bawah pemerintahan UMNO sejak dari zaman Mahathir Bapak Auta Malaysia hingga ke zaman Najib APCO Yahudi, semua perkara bagaikan ada dua dalam negara. Undang-undang ada 2 tafsiran, untuk rakyat dan Anwar Ibrahim satu tafsiran manakala untuk UMNO dan kroninya pula satu tafsiran lain! Begitu juga cuba dilakukan dalam hal penggunaan minyak. Untuk para burjuis, para pemimpin UMNO dan kroni, minyak Ron 97 kerana mereka semua ‘beruwang’, manakala untuk rakyat yang marhaen dan rakyat bodoh macam pengundi UMNO, Ron 95 yang tidak sesuai dan tidak bermutu. Biarkan rakyat terbakar hangus setiap kali kemalangan, jangan mereka!


Isu ketiga, jika harga Ron 97 dinaikkan mulai malam ini iaitu antara 1 dan 2 April dengan mengambil kira budaya April Fool maka benarlah rakyat marhaen di bawah sini terus dipermainkan melalui budaya April Fool dengan menaikkan harga Ron 97 pada waktu itu. Bergembiralah para penyokong dan para pengundi UMNO kerana lubang hidung mereka penuh dengan sawang April Fool khas dari kerajaan UMNO yang mereka fanatic sangat sehingga tak mampu lagi untuk menilai tindakan baik buruknya UMNO!


Nampaknya yang bernama rakyat Malaysia sekarang ini, semakin hari semakih jauh dengan yang berkualiti dan murah. Semakin negara mendekati tahun 2020, semakin rakyat hanya mendapat ’kerak nasi’. Nasi disapu sang penyamun tarbus terlebih dahulu maka makanlah rakyat terutama pengundi-pengundi UMNO akan kerak nasi yang membebalkan itu! Pangkah lagi UMNO untuk terus makan ’kerak nasi’ dan terus menjadi bebal sebebal-bebalnya! Pangkah...pangkah, tak payah guna otak!


Kepada pengundi-pengundi UMNO, selamat menyambut kenaikan harga minyak Ron 97 yang akan meransang kenaikan harga barangan keperluan!! Selamat bergembira untuk UMNO kamu dan para pemimpinnya !


No comments: