Followers

Thursday, April 14, 2011

RPK telah berbunyi lain macam...2 hari sebelum PRN Sarawak 16 April

Huhuhu.... semakin hampir pilihanraya terutama PRN Sarawak pada 16 April ini, nampaknya pelbagai berita akan tampilkan secara menggemparkan. Jangan terkejut jika sekiranya pebagai berita sensasi dimainkan dalam media massa UMNO/BN. Tanda-tanda ke arah itu semakin kelihatan jelas. Jika rakyat yang mahukan perubahan tidak tabah dan tidak tetap pendirian, rakyat akan terkulai layu dalam perjuangan yang tidak akan sampai ke mana. Akan terkulai di tengah jalan....

Sasaran ampuh untuk menterbalikkan pegangan rakyat menjauhi Pakatan Rakyat pastinya Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah segala-galanya selagi pilihanraya belum selesai. Anwar kaki liwat! Anwar kaki zina! Anwar agen daripada segala agen, Yahudi, Amerika, Cina dan sebagainya. Anwar Ibrahim yang dikatakan sudah tidak ada pengaruh dan tidak mendapat sokongan rakyat itu kini ada segala-galanya. Dia pasti tidak dianggap malaikat tetapi tentunya mahu diajak menganggapnya jin, syaitan dan iblis! Itulah Anwar Ibrahim yang akan digambarkan oleh UMNO/BN selagi pilhanraya belum selesai atau selagi Anwar masih wujud seperti sekarang ini!

Selepas isu DNA, isu video lucah, kemudian isu jam omega dan bakal mencetus pula isu baru daripada apa yang dikatakan 'pendedahan' Raja Putra Kamaruddin melalui TV3 suku! Nampaknya sasaran ampuh tetap Anwar Ibrahim apabila RPK telah berbunyi lain macam!


2 comments:

Anonymous said...

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, segalanya sudah terang lagi bersuluh. Yang satu berbukti yang satu lagi tah apa buktinya, main tuduh aje, betul kata RPK, orang tu kata, org tu kata, org tu kata, org tu kata, tah berapa org tu yang kata. Yang berbukti video dan Omega.

otaklunyai said...

Al-Fulus beb... Al-Fu;us... maruah di m'sia bole beli dan jual bro... pokoknya uwang...raja kapor pun berak kapor beb...