Followers

Monday, April 11, 2011

Rakyat Sarawak perlu bersama rakyat Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan

Rakyat Sarawak tidak perlu lagi menoleh ke belakang untuk merebut peluang yang dijanjikan Pakatan Rakyat.

Rakyat Sarawak tidak perlu lagi menboleh ke belakang untuk meninggal terus pemimpin yang rasuah dan kaya raya kerananya, pemimpin yang mengamalkan kronisme dengan mengayakan anak beranak dan para pengampu, pemimpin yang hanya ingatkan rakyat susah sewaktu pilihanraya, pemimpin yang biarkan rakyat dengan air gunung dan sungai, jalan berbatu, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Rakyat Sarawak perlu menunjuk jalan untuk diikuti pula oleh rakyat di negeri-negeri lain nanti! Teruskan kemaraan kerana tiada apa yang rugi dengan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional Taib Mahmud melainkan keuntungan buat rakyat!

Rakyat Sarawak perlu terus mencontohi rakyat Kedah, Pulau Pinang, Selangor , Perak dan Kelantan.


BN Sarawak hadapi masalah besar

Harakahdaily

MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat.

Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu.

Kini, mereka sedang bergerak ke kawasan-kawasan bandar kecil dan luar bandar yang belum mendapat maklumat yang secukupnya tentang apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Menurut laporan SarawakReport, ketika majlis sambutan yang luar biasa diberikan kepada program Pakatan Rakyat, sambutan yang amat buruk diterima oleh para pemimpin BN di Sarawak.

(Gambar: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, George Chan sedang berucap dalam majlis BN di Miri)

Ia turut dialami oleh para wakil rakyat BN sendiri termasuk Timbalan Ketua Menteri, George Chan di kawasannya sendiri iaitu di Miri.

Tidak sampai 100 orang yang hadir mendengar ucapan pemimpin SUPP itu walaupun ia disokong sama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang hilang kerusi Ketua Menterinya di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008, Dr Koh Tsu Koon.

Di tempat yang samalah, hampir 20,000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun apakah ini akan diterjemahkan dalam kotak undi belum dapat dipastikan.

Ini kerana, BN sedang menggunakan segala jentera untuk mempastikan undi masih memihak kepada mereka walaupun sokongan memihak kepada Pakatan Rakyat.



"Saya rasa kali ini agak berbeza. Kalau benar azam untuk menjatuhkan Taib Mahmud menjalar di semua rakyat Sarawak, ia akan menjadi kenyataan. Duit hanya masuk poket tetapi undi mereka tidak akan bagi kepada BN," kata seorang pensyarah universiti tempatan Sarawak kepada Harakahdaily.

No comments: