Followers

Monday, April 18, 2011

PAS semakin sukar menyumbang kemenangan di kawasan Melayu!

Melalui keputusan PRN Sarawak baru-baru ini terdapat kebimbangan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mara menguasai Putrajaya. Berdasarkan reality semasa, nampak jelas matlamat Pakatan Rakyat untuk mengusai Putrajaya adalah sangat sukar. Parti-parti Pakatan Rakyat terutama parti PAS masih jauh untuk menyumbang kerusi bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat tersebut.

Masih terlalu banyak kerja yang para pemimpin PAS perlu lakukan untuk meletakkan PAS mampu mengganti UMNO di seluruh negara. Kalau di Sarawak, PAS masih belum dapat meyakinkan orang-orang Melayu untuk mengganti PBB. Pakatan Rakyat terutama PAS tidak perlu seronok mendapat peningkatan undi kerana itu bukan bermakna memenangi kerusi yang dipertandingkan. Walaupun menang dengan majoriti satu undi, ia tetap dianggap pemenang untuk menguasai DUN atau Parlimen bagi memerintah negari atau negara!


Isu terbesar kepada PAS sekarang antaranya ialah:

  1. PAS masih jauh dari hati pengundi-pengundi Melayu luar bandar.
  2. Tidak keterlaluan dikatakan masih ramai orang Melayu di luar bandar yang tidak suka atau benci kepada PAS walaupun PAS membawa mesej perjuangan Islam agama majoriti bangsa Melayu!
  3. Masih terlalu ramai orang-orang Melayu di luar bandar yang tidak yakin kepada PAS untuk mengganti UMNO dalam membawa orang Melayu ke arah kemajuan.
  4. Malang sungguh kerana masih terlalu ramai para pemimpin pusat PAS yang tidak dikenali oleh orang-orang Melayu di luar bandar. Seorang Ketua Polis Daerah di Sarawak masih tidak kenal Tuan Guru Haji Hadi lalu memanggil Tuan Guru sebagai ’Pak Haji’ ketika menghalang Tn Guru Haji Hadi mengiringi calon PAS di Sarawak baru-baru ini.
  5. PAS masih gagal untuk mencerdikkan pengundi-pengundi Melayu luar bandar yang masih bodoh berpolitik.
  6. Cawangan-cawangan PAS di seluruh negara masih bertahap rendah diri yang keterlaluan dalam menguruskan PAS Cawangan untuk menarik sokongan rakyat bawahan.
  7. PAS dilihat oleh orang-orang Melayu luar bandar sebagai parti politik yang miskin yang sukar untuk menyenangkan orang-orang Melayu yang juga miskin.

Sesungguhnya peranan PAS dalam menyumbang kerusi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti masih terlalu lemah dan terlalu jauh. Undi mungkin meningkat tetapi mungkin tidak akan mampu menawan kerusi yang dipertandingkan. Jika PAS tidak mampu mengatasi isu-isu yang membelit PAS seperti yang dinyatakan di atas, hanya sekadar itulah kegembiraan PAS buat ketika ini, sebagai anggota Pakatan Rakyat!


No comments: