Followers

Sunday, April 17, 2011

Pakatan Rakyat perlu lebih teliti sewaktu pengiraan dan penjumlahan undi!

Walaupun kalah dalam PRN Sarawak, TAHNIAH kepada semua pejuang-pejuang Pakatan Rakyat yang telah bertungkus-lumus berkempen selama 10 hari. Berjaya menambah bilangan pembangkang di DUN Saraawak juga merupakan kemenangan yang bermakna. Wakil-wakil Pakatan mempunyai peranan untuk menyumbang dan menilai prestasi wakil Barisan Nasional yang kelihatan begitu kebal sebelum ini dalam DUN tersebut.

Kekalahan yang baru berlaku wajar diterima dengan penuh keinsafan. Tidak perlu menyalahlahkan sesama sendiri sebaliknya lakukan segera post mortem untuk memperbaiki jentera parti-parti Pakatan Rakyat.


Parti-parti Pakatan Rakyat perlu belajar dari rakan masing-masing, jangan asyik mendakwa ’akulah yang paling hebat antara kita bertiga’. Pakatan Rakyat perlu menyedari bahawa perjalanan masih jauh. PRU ke 13 masih belum bermula. Peluang untuk menguasai parlimen Sarawak masih terbuka dengan peningkatan undi yang diterima oleh Pakatan Rakyat dalam PRN Sarawak itu.


Terus dan segera membuat persiapan menghadapi musuh dalam pilihanraya adalah langkah yang terbaik. ’Musuh’ kempen Pakatan Rakyat dalam pilihanraya bukan hanya UMNO Barisan Nasional yang terlalu banyak dan berlebihan melampau menggunakan wang, malah boleh jadi PDRM dan yang paling menonjol adalah SPR. Aku yakin jika SPR benar-benar adil dan telus dalam kerja buat mereka, Pakatan Rakyat pasti memenangi lebih banyak kerusi dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Aku mampu mengesyaki pasti ada peranan ’tidak senonoh’ SPR dalam menentukan keputusan dalam PRN Sarawak itu.


Jadi jika Pakatan Rakyat mahu benar-benar memastikan kemenangan mereka dalam PRU ke 13 nanti persediaan untuk menghadapi musuh terakhir di waktu membilang undi, perlu diperkukuhkan. Jika tidak kerja-kerja kempen selama berhari-hari akan hanya dipatahkan dalam masa proses pengiraan dan perjumlahan undi sahaja.


Teruskan pejuangan Pakatan Rakyat kerana isyarat kemenangan semakin jelas!


2 comments:

Anonymous said...

buat training atau analisa seminar ker berkaitan menjadi polling agent...training tuk mengenal pasti penipuan..baik gak tuh..musuh sentiasa mencari helah.malah mereka dididik untuk menipu..so kita kene didik ahli PR untuk mencari dan menghapuskan ruang penipuan..nak hrp SPR xyah ler..sah2 depa pun under gov..

Anonymous said...

buat training atau analisa seminar ker berkaitan menjadi polling agent...training tuk mengenal pasti penipuan..baik gak tuh..musuh sentiasa mencari helah.malah mereka dididik untuk menipu..so kita kene didik ahli PR untuk mencari dan menghapuskan ruang penipuan..nak hrp SPR xyah ler..sah2 depa pun under gov..