Followers

Saturday, April 02, 2011

Hati-hati, pengalaman PRU 2004, senjata utama dan terkahir UMNO/BN dalam 'medan perang' pilihanraya adalah SPR itu sendiri.

Jika mahu menguasai Putrajaya dalam pilihanraya akan datang, Pakatan Rakyat bersama NGO BERSIH perlu segera memberi pengajaran kepada SPR yang kian boleh digelar sebagai Suruhanjaya ‘Pemanipulasi’ Rakyat bukan Suruhanjaya Pilhanraya. Mungkin gelaran itu agak kasar tetapi wajar melihatkan kelakuan dan sikap hipokrasi tahap tinggi Suruhanjaya itu.

Sehingga kini masih enggan menerima 4 tuntutan BERSIH untuk pilhanraya adil dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Kebimbangan rakyat bahawa akan berlaku manipulasi daftar pemilih terbaru dan peraturan pilihanraya terhadap PR dalam PRU ke 13 mempunyai asas yang kuat, melihat kepada gelagat dan sikap para pemimpin SPR terhadap Pakatan Rakyat.


Komen yang terus terang menyalahkan pasukan Pakatan Rakyat dalam semua hal membuktikan SPR memang tidak boleh diharap untuk berlaku adil kepada Pakatan Rakyat. Kebisuan dan kegagalan menyekat UMNO/BN menggunakan elemen kerajaan dalam pilihanraya dan amalan rasuah dan sogokan, juga membuktikan sikap SPR sangat-sangat melindungi perbuatan tidak amanah UMNO/BN.


SPR juga terus membisu dengan sikap UMNO dan Jabatan Pendaftaran Negara yang disyakki kuat sedang ‘membuka kaunter’ di pelbagai lokasi tertentu di luar waktu pejabat bagi mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing seperti yang dideahkan oleh Azmin Ali dalam persidangan Dun Selangor. Walaupun ini bukan bidang tugas SPR tetapi sebagai pengadil pilihanraya yang baik SPR sewajarnya menegur UMNO kerana memperalatkan Jabatan Pendaftaran Negara untuk kepentingan parti mereka! Namun SPR Malaysia ini mungkin dengan penuh alasan yang berbelit-belit tidak akan menegurnya kerana yang melakukan itu adalah ‘tuannya’ iatu UMNO! Cuba DAP atau PAS yang melalukan seperti itu , pasti SPR akan riuh seantero dunia! Memberi zakat kepada 3 orang saudara baru kaum aslipun dikatakan memberi rasuah!


Apakah ini pengadil yang baik untuk Pakatan Rakyat? Sebelum masuk padang pasukan Pakatan Rakyat akan dan telah diberi amaran itu dan ini, diperlakukan begitu dan begini, semua cadangan dan alasan Pakatan Rakyat dibakul-sampahkan sahaja. Yang hanya dipertimbangkan seolah-olah hanya kepentingan UMNO/BN. Jelas senjata utama dan terakhir dalam 'medan perang' pilihanraya UMNO/BN adalah peranan SPR itu sendiri!


Oleh yang demikian Pakatan Rakyat akan sekali lagi ‘kecundang’ bukan sebenarnya kerana kekuatan UMNO/BN yang penuh kekotoran itu, tetapi kerana pengadilan ‘berat-sebelah’ SPR dan beberapa agensi abdi UMNO, jika tidak ditegah secara aggresif oleh Pakatan Rakyat dan BERSIH! Keyakinan Rakyat yang memuncak kepada Pakaran Rakyat sekarang ini, tidak akan menyumbang apa-apa kemenangan, jika pilihanraya penuh dengan penipuan, sogokan rasuah dan manipulasi! Atasi hal ini segera sebelum PRU ke 13 nanti.


No comments: