Followers

Saturday, April 30, 2011

Dalam menghadapi fitnah yang bertalu-talu, kepimpinan PAS perlu lebih tegas menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim

Tuduhan umum terhadap Anwar Ibrahim oleh Datuk T yang didokong oleh UMNO di bawah pimpinan Najib Razak dan dilindungi oleh PDRM jelas merupakan satu fitnah. Fitnah yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana pemimpin dunia.

Tahap fitnah yang begitu berat dilakukan kepada Anwar Ibrahim oleh Datuk T dan UMNO jelas mengukuhkan tanggapan bahawa hanya kepimpinan dan pengaruh Anwar Ibrahim sahaja yang mampu melenyapkan kekuasaan UMNO/BN dalam pentas politik dan kekuasaan di negara ini.


Sikap, ketahanan mental dan emosi Anwar Ibrahim begitu hebat. Walaupun beliau mungkin sangat tertekan dengan fitnah ini namun beliau tetap tidak sampai menjadi gila malah masih gagah menerajui gerakan perubahan ke arah politik baru untuk rakyat di negara ini. Anwar Ibrahim boleh menamatkan tekanan kepada dirinya dengan cukup mudah jika beliau mahu. Sama ada beliau berunding dengan Najib melalui pintu belakang dan bersara daripada politik atau melarikan diri keluar negara yang mana beliau mempunyai ramai sahabat handai di seluruh dunia, namun beliau nampaknya tidak berbuat demikian. Fitnah yang berat yang memalukan diri, keluarga dan seluruh keturunannya dihadapi dengan tabah dan penuh kecekalan. Bayangkan kalau Najib Razak menghadapi fitnah seumpama ini, aku tidak yakin beliau akan sekuat Anwar Ibrahim.


Oleh yang demikian seluruh parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP wajar meneruskan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Anwar Ibrahim dalam menggerakkan reformasi di dalam negara. Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana beliau tidak pernah dikaitkan sebagai bersalah secara adil dan Islamik dalam mana-mana peruntukan undang-undang. Sebagai orang yang tidak bersalah maka Anwar Ibrahim harus terus disokong ke arah menguasai Putrajaya kerana buat masa ini hanya di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim UMNO/BN akan mampu ditumbangkan. Bukti betapa bahayanya Anwar kepada periuk nasi kepimpinan UMNO ialah fitnah yang silih berganti dihadapinya.


Oleh yang demikian kepimpinan PAS dan DAP wajar terus tegas dan menguatkan sokongan kepada Anwar Ibrahim melalui Pakatan Rakyat dalam menentang UMNO/BN yang zalim dan penuh penyelewengan itu. Pemimpin PAS baik dari kumpulan yang dipanggil Erdogan mahupun dari kumpulan yang digelar orang Perpaduan harus berhati-hati mengeluarkan kenyataan dalam menentukan sikap terhadap kepimpinan dan apa yang berlaku kepada Anwar. Pemimpin PAS adalah pemimpin parti Islam maka keputusan dalam menentukan sikap terhadap Anwar Ibrahim wajar juga secara yang dituntut oleh hukum Islam.


1 comment:

Anonymous said...

SETUJU 1000%...