Followers

Friday, April 15, 2011

Benarkah janji ini?: Apakah jalan Pekan Song dan Kapit akan menjadi realiti jika BN kecundang malam esok?

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang bersyukur kononnya telah disucikan oleh RPK beberapa hari lalu daripada terbabit dalam kes kematian model Monggolia Althantuya Saribu dilaporkan telah meluluskan peruntukan RM90 juta untuk pembinaan jalan dari Song ke Kapit.

Sudah tentu pengumumkan Najib Razak itu merupakan berita gumbira kepada penduduk di Pekan Song dan Kapit. Mana tak gumbira, lebih separuh abad penduduk kawasan itu hanya menggunakan jalan sungai sejauh kira-kira 40 km walaupun Taib Mahmud telah memerintah selama 30 tahun sehingga menjadi kaya raya seluruh keluarganya dan kroninya. Mungkin Taib Mahmud terlupa akan Pekan Song dan Kapit agaknya!


Peruntukan telah diumumkan dan diumumkan ketika kempen PRN Sarawak kali ini. Soalnya apakah peruntukan itu akan tetap diluluskan untuk dilaksanakan jika katakanlah benar-benar calon-calon Barisan Nasional atau Taib Mahmud kalah yang menyebabkan kerajaan Barisan Nasional Sarawak menjadi pembangkang? Apakah masih ada tuah bagi penduduk Pekan Song dan Kapit jika sekiranya terus bersama dengan gelombang perubahan atau Tsunami yang melanda Sarawak kini?


Kalau mengikut pengalaman yang lalu, bila kalah, pihak Barisan Nasional biasanya akan ‘mengugu’t dengan memberitahu rakyat, “mintalah dengan kerajaan yang kamu pilih itu”. Maknanya rakyat Pekan Song dan Kapit akan terus terkepit untuk memiliki jalan yang baik?


Jika pula Barisan Nasional menang apakah bentuk jalan yang akan diberikan kepada penduduk di kawasan itu? Dengan peruntukan RM90 juta, keuntungan kontraktor dan pengurusan pelbagai 40 juta, bermakna kos jalan 50 juta, bagaimanakah agaknya jalan yang hendak dibina itu? Jalan batu kerikir atau jalan balak? Atau belum tentu akan ada jalan untuk penduduk di situ terus berkayuh perahu?


Perlu diingat, pembangunan dalam zaman BN macam-macam boleh berlaku…boleh ada…boleh tiada malah boleh juga ditiadakan!


No comments: