Followers

Thursday, April 28, 2011

11 fakta logik pelakon video lucah itu bukan Anwar Ibrahim

Lagi sekali dikeluarkan ke khalayak ramai melalui youtube apa yang dikatakan bahagian ke 2 video seks Anwar Ibrahim. Maka ramailah yang menonton, mengulas dan membuat analisis masing –masing. Aku bukanlah pengikut parti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bukan pemimpin parti aku. Aku tidak ambik hal sangat apa yang Anwar Ibrahim lakukan secara peribadinya. Itu dia punya hak dan dia punya hal macam orang lain juga.

Namun demikian aku yang turut mengikuti isu video ini sejak dari awal, seperti juga orang lain, aku tetap mengatakan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Aku ada fakta sendiri yang cukup mudah dan simple. Aku kuat mengatakan bahawa video itu adalah hanya semata-mata untuk menghalang kemaraan Anwar Ibrahim dalam memimpin Pakatan Rakyat buat membelasah UMNO/BN dalam PRU ke 13 dan seterusnya nanti. Jika Anwar Ibrahim tidak dimatikan karektornya mahupun nyawanya mungkin, atau jika Anwar tidak digilakan, UMNO bakal mampus tidak berapa lama lagi. Maka itu bagi puak-puak jahat itu, daripada UMNO yang mampus maka lebih baik Anwar Ibrahim! Ini aku sangat yakin!


Aku mempunyai alasan kukuh bahawa orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.


  1. Pertuduhan video seks Anwar Ibrahim yang disebar secara umum dan terbuka ini ‘dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan’, bukan sekali-kali mengikut kaedah Islam dan hukum syarak. Maka itu, pertuduhan secara terbuka ini adalah satu usaha meruntuhkan maruah seorang yang beriman. Jelas mengikut hukum Islam, ini adalah fitnah. Aku tidak rela terlibat sama dengan Datuk-datuk Tolol dan kuncu-kuncu UMNO dalam membuat fitnah besar ini. Aku tidak mahu turut membatalkan kesahan aku mengikut hukum syarak bagi menjadi saksi sepanjang hayat aku. Aku hanya akan percaya itu Anwar Ibrahim jika Datuk-datuk Tolol itu kemukakan 4 orang saksi yang beriman untuk Anwar Ibrahim dibicara di mahkamah syariah. Jika tidak jangan kata itu Anwar Ibrahim. Fitnah paling jahat!

  1. Jika kes video lucah itu dibicarakan di mahkamah sivil pula dan keputusan perbicaraan memutuskan itu adalah Anwar Ibrahim, aku tetap tidak mempercayainya. Alasan? Alasan aku adalah berdasarkan pengalaman lalu yang membabitkan manusia bernama Anwar Ibrahim ini, mahkamah di Malaysia tidak pernah memberi keyakinan kepada aku (sama ada rasa di hati nurani aku mahupun difikiran logic) untuk merasai Anwar Ibrahim bersalah. Dari kes apa yang didakwa liwat Azizan hingga kepada kes liwat Syaifool, aku yang sering mengikut berita perbicaraan dapat fikirkan dan merasakan banyak yang tidak betul telah dilakukan oleh sama ada Peguam Negara yang dah mati mahupun Peguam Negara yang masih hidup kini. Keputusan hakim mahkamah juga terlalu amat lemah dari aspek keadilan buat manusia bernama Anwar Ibrahim! Aku hanya boleh menerima Anwar bersalah jika aku merasakan mahkamah telah benar-benar berintegriti dan memberi keadilan sepenuhnya kepada yang tertuduh yang bernama Anwar Ibrahim itu. Sehingga ke tahap ini aku tidak merasai begitu sama ada di hati nurani aku mahupun difikiran rasional ini.

  1. Seterusnya aku yakin itu bukan Anwar Ibrahim kerana orang-orang yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah mengatakan secara tegas dan konsisten bahawa itu bukan Anwar Ibrahim. Siapakah orang lain yang boleh menafikan keupayaan mereka mengenali Anwar Ibrahim. Kita jangan melampau dan terlampau. Tambah lagi kawan-kawan Anwar Ibrahim yang rapat dengan Anwar seperti Johari Abdul dan Chegu Bard pun mengatakan itu bukan Anwar Ibrahim. Mengikut cerita Johari Abdul, Shuib Lazim salah seorang Datuk T pun tidak yakin itu Anwar Ibrahim. Kalau mereka yang rapat dan kenal Anwar Ibrahim mengatakan itu bukan Anwar Ibrahim, siapakah kita untuk dengan yakinnya mengatakan itu Anwar Ibrahim? Sekali lagi jangan melampau dan terlampau untuk aibkan maruah orang lain.

  1. Aku juga yakin orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim kerana rakaman video itu telah menggunakan alat rakaman yang terlalu koman dan hitam putih. Dalam dunia yang penuh dengan alat-alat rakaman yang canggih ini, bukankah dengan menggunakan alat yang lebih canggih untuk merakam gambar dengan terang dan warna-warni, akan lebih mudah untuk mengenali itu Anwar Ibrahim dan meyakinkan orang ramai? Apakah bodohnya merakam gambar musuh politik untuk didedahkan kepada khalayak, dengan hanya menggunakan alat rakaman yang tidak berkualiti? Tidakkah itu mesti dengan tujuan dan perancangan yang tertentu? Bagi aku rakaman video ini hanya untuk khalayak bercakap dan konfius berpanjangan sehingga PRU ke 13 nanti bahawa itu Anwar Ibrahim. Maka public opinion terhadap akhlaq Anwar Ibrahim telah berjaya dibentuk berdasarkan umpatan dan fitnah yang melata dalam negara. Satu bentuk pembunuhan karektor yang keji. Jika tidak disekat fitnah seumpama ini, bala boleh menimpa! Dan lagi adalah tidak logic dalam pelbagai alat rakaman canggih bersepah, Datuk T yang kaya raya yang boleh menggunakan kereta mewah, masakan tidak mampu membeli alat rakaman yang canggih, telah merakam musuh utama Eskay dan UMNO yang paling berbahaya, dengan hanya menggunakan alat rakaman bertaraf lebih teruk daripada rakaman perlakuan tidak senonoh budak-budak sekolah sesama mereka, yang memberi gambar yang tidak pasti dan tidak jelas muka Anwar Ibrahim. Atas alasan ini aku percaya ini memang perancangan jahat dan tidak percaya itu adalah Anwar Ibrahim kerana bikinan video yang sepatut begitu mudah untuk meyakinkan orang ramai, kelihatannya penuh dengan persoalan.

  1. Aku yakin itu bukan Anwar Ibrahim kerana cara PDRM membuat pengumuman sangat mengelirukan. Dua hari sebelum PRN Sarawak, KPN yang pengsan itu telah mengumumkan video itu tulin. Dengan pengumuman itu tanggapan sesetengah khalayak bahawa itu adalah Anwar Ibrahim kerana seolah-olah itulah pandangan yang mahu dibentuk. Sedangkan bukti sahih orang dalam video itu sebagai Anwar Ibrahim bukan dengan mengesahkan bahawa video itu tulin atau tidak. Tidak ada kena mengena ketulinan video itu dengan orang di dalam video yang kelabu hitam putih itu sebagai Anwar Ibrahim. Baru-baru ini pula TKPN yang baru dilantik mengumumkan bahawa PDRM akan mengumumkan siapakah orang di dalam video itu apabila tiba masa yang sesuai. Bilakah sebenarnya masa yang sesuai itu? Aku yakin dan pasti dalam bersibuk Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berkempen dalam PRU ke 13 nanti, akan terpacul pengumuman siapakah orang yang dalam video itu. Nama orang yang akan disebut itu sangat mudah untuk dijangka. Sekali lagi melalui cara PDRM bertindak ini, aku yakin orang yang berlakon lucah dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Kalau ini kes jenayah serius demi bangsa, negara dan agama, aku yakin PDRM tidak mengambil langkah lama untuk membuang masa dengan menunggu masa yang sesuai, serta tidak akan teragak-agak untuk membuat pengesahan pelakon video lucah itu. Ini semua hanyalah strategi ’musuh’ Anwar Ibrahim mahu melumpuhkan gerakan politik Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

  1. Aku yakin pelakon lucah itu bukan Anwar Ibrahim kerana kalau rakaman video itu berlaku di salah sebuah hotel di Lembah Kelang, apa kejadahnya ada tulisan Siam yang memberi alamat sebuah jalan di Siam? Apa kena mengenanya video lucah yang didakwa Anwar Ibrahim itu dengan tulisan dan nama jalan di Siam? Takkanlah nak proses video yang hanya ’sekeping’ itu terpaksa dihantar ke Siam! Dengar katanya 1Malaysia ini canggih belaka, semua ada! Kalau itu tulisan Cina atau India yang memberi tahu jalan Chow Kit atau Bukit Bintang agak munasabah dan logik juga. Ini tulisan dan nama jalan di Siam! Satu dapatan yang cukup mengelirukan, maka itu bukan Anwar Ibrahim yang sebenarnya..

  1. Aku yakin pelakon lucah itu bukan Anwar Ibrahim kerana katanya (aku tak menonton ye!) tiada kedengaran suara dalam rakaman itu. Salah satu bukti penting untuk membuktikan itu Anwar Ibrahim telah tidak ada, bagaimana mahu mengatakan itu Anwar! Kan lebih baik untuk Eskay membuktikan itu Anwar Ibrahim, rakamkan sekali suara Anwar dalam video itu! Bodoh untuk mengena Anwar Ibrahim supaya rakyat yakin terus dan tanpa boleh pertikai lagi, tidak merakam sekali suara Anwar Ibrahim. Mengapa suara tidak kedengaran? Maka sah itu bukan Anwar Ibrahim.

  1. Aku cukup yakin pelakon itu bukan Anwar Ibrahim kerana, Eskay kata dia terjumpa kamera rakaman itu. Dia terjumpa sewaktu mahu mencari jam omega. Habis siapakah yang merakamnya? PDRM wajar mencari orang yang membuat rakaman itu dan tanya dia atau mereka, siapakah orang yang dirakam itu, kenalkah dia dengan orang yang dirakam dan mengapa membuat rakaman? Kenapa sehingga ke hari ini PDRM masih belum menyiasat, menahan serta mendedahkan identiti orang atau pekerja hotel yang pandai-pandai membuat rakaman yang mengelirukan itu? PDRM begitu mudah menahan orang yang merakam Nasya Aziz dahulu, mengapa pula begitu payah untuk mencari orang yang membuat rakaman video lucah ini? Ini membuktikan pelakon yang didakwa Anwar Ibrahim itu bukan Anwar Ibrahim tapi orang yang mirip Anwar Ibrahim. Nampaknya sangat berisiko berada di hotel-hotel di Malaysia, mungkin dalam bilik penginapan terdapat alat rakaman hitam putih yang sedang merakam penghuni bilik hotel itu.

  1. Aku tidak yakin langsung pelakon video itu Anwar Ibrahim kerana yang mendedahkan video seks itu adalah ’musuh-musuh’ Anwar Ibrahim. Logiknya musuh mana mahu menceritakan baiknya akan musuhnya. Kalau Abdullah Mat Zin yang mendedahkannya percaya juga aku. Ini Rahim Tamby! Adakah lagi orang di Malaysia ini yang percayakan dia ni? Malang sungguh orang itu!

  1. Aku tidak percaya pelakon video itu Anwar Ibrahim kerana Umi Habisdah kata masih ada 18 video seks Anwar Ibrahim! Kalau nak menuduhpun biarlah munasabah dan patut padan! Itu taraf Anwar Ibrahim yang sakit tulang belakang ada 18 video seks, aku tak tahulah 1Malaysia APCO yang lain, mungkin 27, 39 kot video seks sorang-sorang!? Mengalahkan pelakon porno apa pemimpin Malaysia ni? Dengan kerja Anwar Ibrahim yang begitu cemerlang sewaktu dalam UMNO dan Pakatan Rakyat dan dalam keadaan sakit tulang belakang akibat dibelasah oleh Rahim Nor, dakwaan Makcik Umi Habisdah dan kuncu-kuncu UMNO tak logik langsung! Aku tak percaya itu Anwar Ibrahim, bukan Anwar Ibrahim!

  1. Aku tidak percaya itu Anwar Ibrahim kerana setiap dakwaan terhadap Anwar dipertikaikan ramai orang sama ada yang suka atau yang tidak sokong Anwar Ibrahim. Dan pertikaian orang ramai logik dan munasabah baik difikir mengikut sudut agama mahupun oleh akal rasional dan logik. Tidak seperti contohnya dakwaan terhadap Rahim Tamby Chik dahulu, terus orang ramai rasa yakin dan percaya. Ada seorang dua cuba pertikai dakwaan terhadap Rahim Tamby Chik pun tetap tidak boleh diterima oleh akal yang rasional orang ramai. Sangat meyakinkan!

Demikian antara fakta bahawa aku mengatakan pelakon video lucah itu bukan Anwar Ibrahim. Maka itu marilah kita berhenti membuat fitnah yang boleh mengaibkan maruah orang lain. Kepada para pemimpin utama UMNO di atas terutama Najib Razak cukuplah mendengar cakap isteri, kita suami adalah pemimpin rumah tangga dan terbaik sebagai pemimpin negara, cukuplah bernyawa atas fitnah aib terhadap Anwar Ibrahim. Arahkan segera mereka yang membuat fitnah itu hentikan kerja yang mampu mengundang bala bencana besar buat penduduk negara.


Berpolitiklah secara sihat dan waras. UMNO mampu untuk terus hidup tanpa menggunakan politik fitnah, samseng, jahat, rasuah dan zalim kerana rakyat Malaysia semakin matang dan cerdik berpolitik. Berlumba-lumbalah berpolitik untuk menaikan taraf hidup dan ilmu rakyat, bukan tak habis-habis dengan politik celah kelangkang dan lubang dubur yang kotor, tidak senonoh dan memualkan. Dengan politik begini UMNO akan lebih cepat ke lubang kubur untuk menjawab soalan mungkar nangkir nanti! Bersediakah UMNO dan para pemimpinnya untuk itu, sebelum sampai ke Mahkamah Maha Agong di Padang Mahsyar nanti? Astaghfirullah...


No comments: