Followers

Monday, March 07, 2011

PAS tewas kepada Kerajaan Malaysia bukan kepada UMNO

Benar PAS dari Pakatan Rakyat telah tewas dalam PKR DUN Merlimau dan Kerdau, namun keputusan itu tidak bermakna PAS telah tewas kepada UMNO. Bagi aku PAS tidak tewas kepada UMNO. Pakatan Rakyat tidak tewas kepada Barisan Nasional.

Hakikat yang berlaku PAS dari Pakatan Rakyat telah ditewaskan oleh Kerajaan Malaysia yang diperintah oleh UMNO/BN. PAS dikalahkan oleh SPR. PAS dikalahkan oleh PDRM. PAS dikalahkan oleh media kerajaan. PAS dikalahkan oleh Kementerian Pelajaran. PAS dikalahkan oleh semua Kementerian kerajaan Malaysia dari Kementerian yang bermenterikan Rais Yatim hingga kementerian yang bermenterikan Hishamuddin Hussein, Ismail Sabri, Shafie Afdal, Zahid Hamidi dan lain-lain malah oleh Kerajaan Negeri Melaka juga.

Contoh yang nyata SPR menekan PAS dengan masalah-masalh kecil dan remeh sepertri bendera-bendera PKR dan DAP sedangkan penggunaan harta dan wang kerajaan oleh UMNO/BN secara terang-terangan dibuta-tulikan oleh SPR.

Bagaimana pihak kerajaan UMNO/BN menggunakan pengurus-pengurus FELDA sebagai untuk menjadi 'SB' kepada mereka dalam mengawasi tindakan politik para peneroka dan macam-macam lagi 'kejijikan' yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN.

Setiap musim pilihanraya sama ada PRK atau PRU, UMNO/BN akan menjadi berwang untuk menabur segala wang rakyat dan wang kerajaan melalui pelbagai sumbangan dan projek-projek segera yang tidak sah cara dan perutukan itu di lakukan.

Kesimpulan yang nyata Pakatan Rakyat dalam konteks PRK terhampir ini, DUN Tenang, Merlimau dan Kerdau, PAS kalau mahu menentang UMNO, telah dipaksa berlawan di dalam trak yang penuh duri, batu, tidak rata dan terpaksa berentap dahulu kerajaan Malaysia yang 'dipergunakan sepenuhnya secara tidak berintegriti dan bermoral' oleh UMNO/BN.

Namun perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat akan tetap diteruskan sehingga seluruh rakyat menyedari hal ini. Kepada penyokong Pakatan Rakyat jangan kecoh dengan kekalahan ini. Sebaliknya kerja dan perancangan yang lebih berpadu, fokus dan berstrategi wajar diteruskan. Antara isu yang perlu diberi perhatian oleh parti-parti Pakatan Rakyat ialah memberi tumpuan segera kepada pendaftaran PR oleh ROS, peranan berintegriti SPR dan penggunaan elemen Kerajaan Malaysia oleh UMNO/BN dalam setiap kali PRK dan PRU.

2 comments:

Anonymous said...

Ini bukan fenomina baru.PAS yang sudah terlibat dengan pilihan raya dinegara ini, lebih dari 50 tahun,sudah pasti tahu dan faham akan suasana ini.Hujuan yang turun dari langit itu pun tak sama,adakalanya ditiup angin dari kanan,kadang-kadang dari kiri dan kadang-kadang dari belakang.Pandai-pandailah nak letakkan payong kad mana.
Pokoknya, suasana dan fenomina baru perlukan strategi dan kaedah baru untuk "berupaya" menghadapi cabaran-cabaran baru.Soalnya,adakah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang ada dewasa ini(dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin lusuh)mampu memenuhi kehendak fenomina ini?

infoaboutx said...

Insya Allah yang batil tetap batil yang Haq akan bangkit menunjukkan kebenaran yang sebenar!!