Followers

Sunday, March 20, 2011

Orang yang katanya mahu membawa politik baru

Inilah orang yang hendak membawa politik baru! Dia kata dia mahu membawa politik baru! Politik yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya menyokong kepada kebenaran. Konon!!

Setakat hari ini tak nampak mana politik barunya? Yang kelihatan partinya tetap parti lama yang dibarukan!

Yang macam akan menjadi musuh politiknya selepas ini, kelihatannya macam kepimpinan Anwar Ibrahim sama 'musuh' dengan UMNO, Ibrahim Ali dan Zul K juga.

Kalau Anwar Ibrahim terus menjadi cabaran politiknya, politik lamalah tu. Apa barunya?

Anwar 'dinasihat'-nya konon agar menyerah DNA! Belum apa-apa awal-awal dah nasihat Anwar tentang DNA, sama macam GAP dan kumpulan Mak Limah di Perak . Seorang peguam yang dikatakan hebat yang sering ke mahkamah membela keadilan telah menggesa Anwar jangan berselindung disebalik teknikaliti. Aparaa!!

Macam UMNO je! Politik baru kot mana, aku pun tak tahu!

Terbaru dia rasa terancam keselamatan teramat sangat, kerana katanya ugutan Karpal Singh yang ke hulu ke hilir keluar masuk mahkamah hanya menggunakan kerusi roda. Itu pun ada orang tukang tolak!

Teringat aku peristiwa dia menyaman Kerajaan Kelantan duhulu kerana undang-undang Islam yang Kelantan hasratkan. Nampaknya dia tetap dengan perangai lamanya! Tak ada yang baru pun!


1 comment:

Anonymous said...

nak wat cam ner bro...kaki botol macam tu lah...kepala lalok saja 24 jam!!