Followers

Wednesday, March 23, 2011

Usaha memfitnah Anwar menjadi serba tak kena...kantoi habis!


Isu video seks yang kononnya membabitkan Anwar Ibrahim belumpun sampai seminggu telah kantoi.


Kantoi pertama, para konspirator semakin jelas wajah mereka. Daripada kita tidak tahu adanya peranan datuk Trio dalam konspirasi ini, kini kita telah tahu siapa datuk-datuk T itu. Yang paling kelakar ialah orang yang mahu membenteras perlakuan seksual dalam kalangan para pemimpin Melayu ialah Rahim Tamby Chik. Kalau itu bukan tujuannya, apakah sebab dia mendedahkan rakaman video ini dengan penuh kekebalan? Inilah yang kelakar dan paling pandir kerana dialah orangnya dahulu, yang kerananya dan kerana seorang gadis bawah umur yang kena rogol, mengakibatkan Lim Guan Eng terperosok dalam penjara sehingga tidak boleh bertanding dalam pilihanraya beberapa ketika.


Kali ini bukan Sivaji yang muncul kembali tetapi Rahim Tamby muncul kembali. Anwar Ibrahim mahu tidak mahu semakin hampir ke dalam! Jeng...jeng...jenggg!!


Kantoi yang kedua, belum pun disiasat salah seorang Datuk T yang ada iras-iras Anwar, telah mengaku gambar dia ada dalam rakaman video itu. Dia buat apa dalam bilik tu? Dah...apa susah dan peliknya dengan rakaman video lucah itu, sudah ada orang yang mengaku!


Datuk Seri Anwar tidak mengaku malah menafi dengan sekeras-kerasnya dia wujud dalam rakaman video itu. Dia malah mempunyai alibi untuk menafikan kehadirannhya di situ. Apa punya konspirator daa...dedah konon kata Anwar Ibrahim tetapi mengaku gambar dia ada dalam rakaman video tersebut! Kantoi!!


Kantoi yang ketiga, semakin jelas apa yang berlaku dan menimpa Anwar Ibrahim adalah fitnah yang dirancang dan diskripkan oleh sebuah konspirasi politik Melayu yang paling menjijikkan, kotor dan paling tidak bermoral dalam sejarah tamadun bangsa Melayu!


Seluruh orang Melayu harus menginsafi dan menyedari hal ini. Malu kita bangsa Melayu kerana konspirasi tidak berhati perut, kotor dan jijik ini, yang tidak langsung memberi ilmu dan pendidikan yang bermanfaat kepada anak-anak bangsa.


1 comment:

Abdullah said...

Seluruh orang Melayu harus menginsafi dan menyedari hal ini. Malu kita bangsa Melayu kerana konspirasi tidak berhati perut, kotor dan jijik ini, yang tidak langsung memberi ilmu dan pendidikan yang bermanfaat kepada anak-anak bangsa.