Followers

Sunday, March 20, 2011

Naib Ketua Pemuda UMNO kata "keengganan" Anwar Ibrahim menyerah DNA penghinaan tertinggi...kah...kah...kahh!!!

Semasa menonton berita Astro Awani pukul 07.45 malam tadi aku nak tergelak apabila mendengar ulasan seorang lagi pengampu ia itu Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk apa tak tahu, yang nampak cerdik tapi membodohkan diri juga rupanya. Adakah dia kata, "keengganan Anwar Ibrahim menyerahkan DNA kepada pihak polis boleh dikatakan penghinaan tertinggi kepada perundangan negara!"

"Penghinaan tertinggiii!!!!"

Laa....kalau ya pun hendak mengampu Rosmah tak kan sanggup memperbodohkan diri macam tu! Agaknya siapa yang dia cuba perbodohkan ? Rakyat? Masalahnya rakyat yang nampak dia bodoh apabila berkata begitu.

Bagi rakyat kalau nak sebut penghinaan tertinggi kepada perundangan negara sudah pasti:

1. Kes pemecatan Tun Salleh Abas selaku Ketua Hakim Negara oleh Mahathir
2. Kes Liwat 1 yang penuh dengan alasan "tidak relevan".
3. Kes pembunuhan Althantuya yang tidak boleh membicarakan motif pembunuhan cuma mencari pembunuh sahaja.
4. Kes correct...correct...correct Linggam yang dibenarkan mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja!
5. Peguam UMNO yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dilantik menjadi Ketua Hakim Negara!

Rasanya ini antara kes-kes yang sepatutnya diuar-uarkan oleh Razali sebagai kes yang merupakan penghinaan tertinggi. Tapi nampaknya Razali tak nampak kes-kes ini kerana pilihanraya sudah hampir sangat dan tak sabar untuk mengambil tempat KJ yang katanya akan melepaskan Ketua Pemuda, dan dia pun masih menjadi Timbalan Menteri, menjadi Menteri belum lagi! Oleh itu isu DNA Anwar Ibrahim yang kononnya enggan, lebih bebaloi buat golongan oppotunis seperti ini!


1 comment:

Anonymous said...

kalau dah terlebih bangang bukan saja boleh kata bodoh macam lembu, bahalol pun boleh kata