Followers

Friday, March 11, 2011

Bahana dekat dengan UMNO, Harussani pun pening?

Menjadi penyokong totok UMNO atau suka berada dekat dengan UMNO memang kelihatan memeningkan. Pengerusi NGO dekat dengan UMNO, kelihatan pening. Ahli parlimen bebas dekat dengan UMNO pun kelihatan pening. Malah mufti tak kira veteran manapun dua sebagai mufti, dekat dengan UMNO pun boleh pening juga! Begitulah bahana terlalu teruja dan dekat dengan UMNO yang kian tidak tentu arah itu.

Ada seorang mufti yang dipohon secara bertulis oleh TG Nik Abdul Aziz untuk memberi bukti tentang satu isu yang kononnya dikatakan oleh TG Nik Aziz telah menjawab permohonan TG Nik Aziz itu seperti orang pening kepala! Bunyi jawapannya macam sombong sikit.


Tak apalah bunyi suara penolakannya itu tapi masalahnya bunyi suara alasannya agak kelihatan macam dia sedang pening!


Antara katanya ialah, “ Tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,”. Katanya lagi, “ Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari….”


Macam bunyi orang pening bercakap kan?


Aku rasa mufti ini cakap begitu bukan kerana dia sudah berusia, tetapi kerana dia pening bahana duduk dekat dengan UMNO. Bahaya sebenarnya duduk dekat atau terlalu teruja dengan UMNO ni.


Salahkah PAS dalam kempennya kepada rakyat menggesa agar tidak mengundi UMNO kerana ANTARANYA:


  1. berdosa dan tak dapat pahala menyokong kelulusan judi bola oleh kerajaan UMNO. Di mana tak berdosanya?
  2. kerajaan UMNO membazir banyak wang rakyat sedangkan membazir adalah perangai syaitan.
  3. berdosa menyokong UMNO yang membuat kerja haram kerana menyalahgunakan elemen kerajaan dalam kerja-kerja pilihanrayanya. Tak berdosakah kerana segala harta kerajaan berbahas dan berdebat macam manapun bukan harta parti UMNO, Najib dan Rosmah!
  4. Menyokong UMNO yang mahu membuka hab hiburan malam adalah haram dan berdosa? Tak berdosakah menjadikan Lembah Kelang seperti Last Vegas?
  5. Menyokong perjuangan menegakkan syiar Islam dapat pahala dan mencampur adukkan Islam dengan sekular berdosa? Salahkah kenyataan itu?

Mufti itu kata,” …saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari…”.


Habis kalau politik dan Islam tak boleh lari, tidak bolehkah, salahkah PAS bercakap begitu dalam kempennya? Sebagai parti politik, PAS nak cakap masa bila? Atau siapa yang boleh bercakap begitu? UMNO? Tak ada orang larang, gunalah tapi UMNO yang tolak perjuangan agama bagaimana UMNO nak menggunakan isu-isu agama? Mufti Perak? Zambry berancak pun 'dihalalkannya'?


Salahkah kalau PAS kata menyokong perjuangan menegakkan Islam dapat pahala Tak dapat pahalakah? Di mana salahnya? Salah sebab bercakap dalam politik? Dah tu tadi kata politik dan Islam tak boleh lari...! Adakah sebab Nik Aziz yang cakap ni? Kalau yang cakap tu Harussani, tak apa?


Ooo...UMNO Pulau Pinang kata wang sumbangan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan LGE kepada warga emas tahun lepas dikatakan duit haram, boleh senyap pulak? Kan UMNO Pulau Pinang parti politik? Bila UMNO Pulau Pinang kata wang haram, maknanya berpolitiklah, kerana dia parti politik! Salahkah UMNO Pulau Pinang menggunakan isu itu sebagai bahan politiknya? Aku rasa tak salah. Yang salah, UMNO Pulau Pinang tak faham hukum agama apabila mereka suruh orang-orang tua itu pulang balik wang sumbangan berkenaan. Nampaklah jahilnya sekejap! Orang-orang tua itu dapat seratus dua RM disuruh pulang balik konon duit haram, yang dapat komisyen berjuta tu,bapaklah haramnya, tak gesa suruh pulang balik! Itulah yang tak betulnya dengan UMNO ni. Aku rasa Dr Maza ada jelas isu itu!


Dalam isu berancak yang dilakukan oleh Zambry di Perak, bayangkan....katakanlah yang memasang ancak itu bukan Zambry tapi TG Nik Aziz MB PAS di Kelantan, aku tak dapat bayangkan, lagilah berbuih peningnya mufti yang seorang ni!


Di Mesir, keluarnya rakyat Mesir berduyun-duyun ke jalan-jalan raya adalah kerana mereka berpolitik. Ilmu menguasai pemerintahan negara untuk mengalahkan politik dan kuasa dikator Mubarak yang zalim dan tidak Islamik. Dalam kebangkitan politik rakyat, terdengar suara fatwa ulamak terkenal dunia kini Dr Yusuf Qardawi yang mengatakan, rakyat dan anak-anak muda yang keluar ke jalan raya menentang pemerintahan diktator Mubarak yang zalim, jika mati maka matinya adalah mati syahid! Tidakkah Dr Yusof Al Qardhawi menggunakan hukum Islam untuk meransang kebangkitan politik rakyat Mesir menentang kerajaan zalim? Harussani nak kata apa kepada Dr Yusof Al Qardhawi yang menggunakan hukum agama dalam meransang politik rakyat Mesir yang penuh di jalan raya itu? Nik Aziz tak 'berfatwapun' seperti Yusof Qardhawi itu. Atau boleh guna hukum Islam bila rakyat berjuang di atas jalan raya? Dalam pilihanraya tak boleh? Begitu pulak?


Sebab itu aku kata mufti ini sebenarnya sedang pening! Pening kerana bahana dekat dengan UMNO. Malangnya dia telah dijangkiti penyakit angkuh para pemimpin UMNO kerana dengan angkuh menolak permohonan penjelasan TG Nik Aziz


Apa yang mufti ini nak bagi tahu sebenarnya?


2 comments:

Anonymous said...

Harussani nak bagi tau yang dia ni dulu kini dan selamanya adalah bersama UMNO. Kerat 16 pun dia takkan berubah.

kun izzul said...

salam ziarah dari blog kunizzul.