Followers

Tuesday, March 01, 2011

Kerajaan UMNO/BN saman ekor rakyat, mansuh saman ekor janji Pakatan Rakyat, tolaklah UMNO/BN

Aku tidak menentang saman lalu lintas tetapi aku tetap menjadi antara sebahagian besar rakyat yang menentang saman ekor yang melampau dan terlampau ini. Bahana saman ekor sepatutnya sudah cukup untuk membuatkan seluruh rakyat pelbagai kaum terutama yang berbangsa Melayu membuat keputusan menolak kerajaan UMNO/BN dari terus memerintah.

Berapa ramai rakyat yang kurang wang terpaksa mencari wang untuk bersesak-sesak sehari dua ini membayar saman ekor yang menyusahkan rakyat itu. Hari ini aku sempat singgah ke Balai Polis untuk meninjau dan melihat keadaan saat-saat akhir pembayaran saman ekor.


Najib dan sepupunya Hisahmuddin Hussein pasti gembira dan puas hati melihat keadaan rakyat marhaen berpanas, kejang dan kebas kaki beratur untuk membayar saman ekor yang ‘dihalalkan’ ini. Saman tanpa pengadilan. Padan muka rakyat marhaen. Kamu rakyat marhaen, kamu kena banyak membayar kepada kerajaan!


Apa yang berlaku dalam isu sama ekor ini adalah membenarkan lagi moto UMNO/BN di bawah pemerintahan Najib-Rosmah iaitu “Rakyat didahulukan, Prestasi (saman ekor) diutamakan”.


Pakatan Rakyat telah berjanji akan memansuhkan saman ekor pada hari esoknya jika berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya hari ini. Pun nak pangkah UMNO lagi? Bagi aku hanya rakyat yang bodoh dan diperbodohkan sahaja yang akan memangkah lagi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti walaupun terpaksa membayar bertimbun saman ekor.


Tawaran memansuhkan saman ekor sudah ada, nak pilih UMNO/BN lagi untuk terus terperangkap dengan harga barang naik, harga simen naik dan saman ekor setiap hari. Aku tak tahulah, apa punya mentaliti macam ni?

No comments: