Followers

Saturday, March 12, 2011

Dalam pada kena tipu pun sokong lagi!

Orang Melayu di kawasan-kawasan luar bandar terutama kaum wanita terus memberi sokongan kepada UMNO/BN walaupun saban ketika merungut di tempat-tempat awam dan di pasar-pasar mengenai kenaikan harga barangan keperluan.

Orang-orang Melayu terbabit rela hidup mereka tertekan dengan kenaikan harga barangan asalkan UMNO dan pemimpin mereka yang sering berkereta mewah ke hulu ke hilir menang bergaya dalam pilihanraya. Mereka lupa tekanan hidup kerana kalah dengan salam, sentuhan, tepukan, pujian dan seratus dua RM yang dirasakan pemberian yang penuh berjasa dan baik sangat dari UMNO.


Bila begini aku teringat gesaan kontraversi Tun Musa Hitam dulu-dulu iaitu, " orang Melayu kena kurang ajar sedikit"
. Ya dalam kesempitan dan tekanan, mereka sering kalah dengan rasa sopan santun atau sedikit sedekah dan buah tangan yang datang jarang-jarang sekali waktu pilihanraya dan tidak seberapa dari UMNO dan para pemimpin mereka. Pemberian yang hanya bertaraf 'tulang ikan', terima kasihnya sehingga lupa kemiskinan dan kesusahan hidup sendiri.

Harga barang keperluan naik kerana kenaikan harga minyak pun mereka boleh terima UMNO lagi!
Dalam merungut membayar saman ekor yang beratus dan beribu, mereka masih nampak hanya UMNO yang pandai mengurus dan mampu memberi rezeki kepada mereka.

Adoi...patutlah ramai bekas dan pemimpin UMNO suka menipu. Tidak susah mana nak menipu rupanya bila berkempen dalam kalangan orang-orang Melayu terbabit!



Peningkatan harga petrol punca harga makanan naik 167%.

Lonjakan sehingga 167 peratus harga pelbagai makanan sejak bulan lalu menunjukkan kenaikan harga petrol memberi kesan ketara terhadap barangan keperluan harian, kata Ketua Biro Pengguna KEADILAN, Abdul Rahman Hackem.


Beliau berkata, tindakan kerajaan UMNO/BN menaikkan harga petrol beberapa kali baru-baru ini memberi kesan besar kepada pemborong dan peniaga-peniaga kecil untuk menaikkan harga jualan.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah pula menyeru pengguna memboikot kenaikan harga makanan. Ini kerana,beliau berkata, kerajaan Malaysia sentiasa "cakap" untuk kawal harga, tapi sebaliknya berlaku".

" Itu drama politik mereka - cakap saja. Sebagai pengguna, kita ada hak. Pilihan kita adalah ketika pilihanraya," katanya menyeru pengguna untuk memilih kerajaan yang adil dalam pilihanraya depan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris pada 3 Mac lalu pula mendedahkan, harga pelbagai makanan melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Kenaikan itu dipercayai berpunca daripada kenaikan harga barangan keperluan seperti bawang, baeang putij, kacang dal dan rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.

Sumber: rencana oleh ZHAFIR Suara Keadilan 6 Edisi Cetak 8 Mac 2011.

1 comment:

Anonymous said...

aku amat menyesali kebodohan dan kedegilan bangsaku.