Followers

Monday, March 28, 2011

Jamil Khir sungguh memalukan!


Aku cukup tidak gemar cara dia ini sebagai menteri yang katanya menjaga agama Islam. Sikapnya terus merosakkan kredibiltinya sebagai orang agama yang wajar dihurmati.

Dia bukanlah seorang menteri yang sepatutnya berperanan semampu mungkin untuk mendorong kepada kewujudan undang-undang syariah di negara ini, sebaliknya dia terus-terusan bersikap sebagai ahli politik parti UMNO yang oportunis sampai bila-bila. Alangkah teruknya kehormatan seorang ahli agama apabila menjadi menteri UMNO!


Adakah munasabah enggan mengulas soal qazaf mengenai fitnah video seks konon Anwar Ibrahim, kerana alasan melibatkan polis? Antara katanya, ”kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah berkaitan”.


Ya lah ’mahkamah yang berkaitan sewajar diulasnya ialah mahkamah syariah yang boleh menghakimi isu qazaf. Apa pula susahnya untuk diulas? Atau masih belum kenyang-kenyang ? Takut putus rezeki! Begitu?


Dulu di awal kes liwat 2, Anwar mahu kes liwat 2 di bawa ke mahkamah syariah atas tuduhan qazaf terhadap saifool, tiba-tiba dia yang muncul menghalang kes qazaf di bicara di mahkamah syariah! Apa ni? Aku pelik sepatutnya orang yang menghalang Anwar bukan dia tapi saifool !


Inilah dia rupa dan gayanya Menteri yang menjaga agama Islam di Malaysia ini. Dia mahu menjaga siapa sebenarnya sehingga dia terpaksa merosakkan kredibilitinya begitu teruk sekali?


Nampaknya Dr Asri bekas mufti Perlis lebih jauh ke depan dari menteri agama ini. Turun berhimpun ramai-ramai menentang poltik lucah dan fitnah! Jamil Khir sungguh memalukan!


Qazaf: Jamil Khir enggan ulas kerana libatkan polis

Mac 26, 11 3:35pm


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau memilih untuk mendiamkan diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf (tuduhan zina) kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis.


Katanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


"Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini.


Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber: malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

Ada askar-askar pencen di tempat saya yang takut untuk menyokong PR kerana telah ditanamkan di minda mereka bahawa kalau sokong pembangkang pencen mereka akan dihentikan. Apa punya metaliti nie??????

azman kamarul said...

ULAMA' PUN ADA PELBAGAI JENIS..BUKAN AKU KATA TAPI ISLAM KATA GITU.

SATU GOLONGAN YANG YANG PANGGIL ULAMA' JAHAT.
SATU LAGI GOLONGAN ULAMA' BAIK.
ULAMA' GOLONGAN PERTAMA ADALAH ULAMA' YANG SANGGUP JUAL AGAMA KERANA HABUAN YANG BANYAK.
ULAMA' GOLONGAN KEDUA ADALAH ULAMA' YANG BERKATA BENAR WALAUPUN TIDAK DISUKAI OLEH MANUSIA.